Thursday, 25 September 2014

LEBIH 100 PEMBORONG BERAS BUMIPUTERA HADIR BENGKEL GST KDRM E LESEN


OLEH: SAIMON S JUMADI


SANDAKAN: Ketua Pengarah  Kawal Selia Padi dan Besar Negara  Datuk  Naimah Ramli berkata  keperluan pemborong memahami kesan pelaksanaan GST terhadap pemborong beras walaupun beras tidak dikenakan GST tetapi lain-lain kos seperti plastik, pengangkutan utility ia juga akan terkesan dengan pelaksanaan GST nanti.

Katanya lagi kos-kos seumpama ini perlu diambil kira didalam perancangan perniagaan di dalam pengiraan  kos perniagaan yang dijalankan.

Naimah berkata demikian semasa berucap dimajlis perasmian Bengkel Penerangan GST E Lesen Kawal Selia Padi dan Beras Negara anjuran bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) BARIM, BERNAS  dan MOA yang diadakan di Ballroom Sabah Hotel pagi tadi.

“Adalah diharap kesan daripada kos-kos yang disebutkan itu para peniaga tidak akan menaikan harga beras  secara mendadak ini akan membebankan para pengguna” katanya.

Katanya lagi  program yang diadakan  ini juga disengajakan  di adakan di Sabah Demi utuk memberi peluang  bagi  pemborong-pemborong  di  Semenanjung  dan di Sabah untuk bertemu dan berinteraksi  antara satu sama lain serta mengeratkan hubungan silaturahim  antara pemborong-pemborong berkenaan.


“Kita tidak menafikan di zaman teknologi  yang serba  moden ini hubungan boleh dilaksanakan melalui pelbagai perisian media sosial seperti whatapps, wichat, FB dan lain2 lagi tetapi munafaat berjumpa secara bersemuka adalah lebih afdal jika dilakukan” Ujarnya


Sehubungan itu  tambah Naimah   dengan pembangunan teknologi, Kawal Selia juga telah melaksanakan Sistem E Lesen di mana ia bertujuan utuk mempermudahkan proses permohonan atau pembaharuan Lesen  kepada pemohonan terbabit inilah  salah satu objektif dan tujuan seminar diadakan  untuk memberikan penerangan  lebih terperinci kepada para peserta mengenai proses untuk mendapatkan  E lesen.

Beliau  berkata  program seperti ini juga  bertujuan memberi peluang kepada para pemborong untuk bersemuka dengan pihak-pihak  berwajib seperti Kawal Selia dengan para  pemborong beras dengan erti kata lain  juga dapat mengeratkan hubungan di antara pemborong dan pihak  kawal selia.

“Dalam konteks ini saya menyedari isu terkini yang pasti sering bermain difikiran  anda terutamanya ialah isu pemotongan kuota yang telah berlaku masa kini  dan kes ini Presiden BARIM telah menghubungi saya mengenai masalah dan ianya perlu diperhalusi dan kami terpaksa mengambil  sedikit waktu untuk mengkaji dan mengatasi perkara ini” tambahnya.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada BERNAS  sebagai penaja utama program ini dan tak lupa juga kepada Dermawati Dato Hj Andi Yakin  dari Syarikat Pohon Emas yang bertindakan sebagai tuan rumah bagi  menjayakan program ini sehingga berjalan dengan lancar” kata Naimah.

Benkel yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang telah dihadiri lebih 100 dan 80 peratus  mereka adalah terdiri daripada pemborong beras.



No comments:

Post a Comment