Wednesday 10 September 2014

NAZMI GESA KERAJAAN GUGURKAN KEPADA SEMUA PERTUDUHAN DI BAWAH AKTA HASUTAN 1948

By Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Ekoran tindakan pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) khusus Perdana Menteri Dato  Seri Mohd Najib Tun Abd Razak yang bakal memansuhkan Akta Hasutan 1948 pada masa terdekat ini telah mendapat perhatian  seluruh rakyat dipelusuk tanah air ada yang memberikan sokongan ada yang disebaliknya.
Untuk membuktikan janji yang telah dilafaskan oleh Perdana Menteri itu khusus untuk memansuhkan akta berkenaan yang tidak lagi relevan diguna pakai di negara ini harus dikotakan  dan   lantaran itu  Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa semua pertuduhan di bawah Akta Hasutan digugurkan dan akta tersebut segera dimansuhkan tanpa diganti dengan yang lain.
Gesaan dilakukan oleh Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad (gambar)  berkata beliau memandang serius tuduhan hasutan yang dikenakan kepada pelbagai pihak, antaranya kepada Pensyarah Undang-undang Universiti Malaya (UM), Prof Dr Azmi Sharom.
“Ini bukan sahaja ancaman kepada kebebasan akademik tetapi juga hak asasi secara umumnya,” katanya dalam satu kenyataan.
Tegasnya, AMK ingin menzahirkan sokongan kepada mahasiswa dan pensyarah UM yang mahu menunjukkan solidariti mereka kepada Azmi dan menggesa semua pihak, khususnya kakitangan akademik dan mahasiswa di seluruh negara untuk bersama menyatakan sokongan. 
Sebelum ini Azmi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan disabitkan dengan pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.
Azmi bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menghasut berhubung krisis perlembagaan Perak 2009, 15 Ogos lalu dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
Azmi didakwa kerana artikel bertajuk “Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told” (Ambil jalan krisis Perak, selesaikan segera kebuntuan Selangor, Pakatan diberitahu), dilaporkan sebuah portal berita pada 14 Ogos.
Azmi yang juga Presiden Persatuan Kakitangan Universiti Malaya (PKAUM) dikatakan melakukan kesalahan tersebut di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada 15 Ogos lalu.


No comments:

Post a Comment