Written by Admin
  
OLEH: AZMI AZMAN FOTO: APEK ANSUKOI
Kekuatan perjuangan UMNO
sebenarnya datangnya daripada kerjasama dan kewujudan sefahaman  yang sentiasa terjalin dan tersemat di
hati-hati masing-masing , lantaran  keharmonian dalam UMNO adalah amat penting
demi mencapai matlamat perjuangan tulen yang sebenar untuk membantu orang-orang
Melayu seperti yang telah terkandung dalam perlembagaan UMNO.
Ampong berkata demikian
ketika berucap dimajlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Sandakan
yang dilangsungkan di Dewan Masyarakat Sandakan pada tadi.
Katanya sebagai ahli
UMNO kita kena bersatu padu dalam menegakan perjuangan UMNO barulah UMNO jadi
kuat untuk menghadapi musuh-musuh politik yang sentiasa mencari ruang untuk
mengotak katikan UMNO .
“Sebagai rakan komponen parti
dalam kelompok Barisan Nasional (BN) kita harus menjalinkan hubungan  baik dengan parti-parti komponen BN seperti
UPKO, PBS, Gerakan, LDP MCA MIC dan PBS kerana parti-parti seperti yang saya
sebbutkan ini adalah rakan seperjuangan untuk mempastikan kemenangan BN di
negeri ini pada PRU 14 nanti” ujar Ampong.
“Kami sebagai ahli UMNO
Bahagian Sandakan akan terus  memberikan
sokongan tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan UMNO diperingkat  nasional khususnya Presiden UMNO Malaysia Dato
Seri Mohd Naib Tun Abdul Razak dan kepimpinan Negeri yang juga Pengerusi
Perhubungan UMNO Negeri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman “ katanya.
Sementara dalam ucapan
perasmian Datuk Seri Musa Hj Aman Pengerusi Perhubungan UMNO Ngeri Sabah  antara lain menyatakan beliau amat gembira
terhadap kepimpinan UMNO Bahagian 
Sandakan yang diterajui oleh Tan Sri Ampong kerana berjaya menyatukan
ahli-ahli UMNO daripada Bahagian, Cawangan Wanita, Pemuda Puteri sehingga ke
akar umbi untuk sama-sama berjuang dalam UMNO.
“Saya sungguh terharu dan
amat gembira Mesyuarat Perwakilan UMNO Sandakan 
begitu ramai sekali  ahli-ahli
UMNO termasuk para perwakilan UMNO 
membanjiri Dewan Masyarajat yang sesak oleh lautan menusia.
Ini jelas bahawa UMNO masih
lagi mendapat sokongan padu daripada bumiputera khususnya orang-orang Melayu
terhadap perjuangan UMNO yang menjadi tonggak kerajaan BN negeri dan
persekutuan” ujarnya.
“Kita telah difahamkan
terdapat ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan ada yang tidak memberikan sokongan
kepada  pucuk pimpinan Bahagian UMNO
Sandakan ekoran tidak kepuasan hati dalam pemilihan AJK Bahagian UMNO Sandakan
pada tahun lalu.
“Sepatutnya yang kalah harus
menerima hakikat atas kekalahan tersebut bukan yang menang terus di jadikan
musuh dalam kanca perjuangan politik sesama UMNO sendiri ini akan membawa
perpecahan dalam jentera perjuangan UMNO sendiri dan ini jelas memberi ruang kepada pihak lawan untuk membuat
pelbagai propaganda seharusnya pihak yang tewas harus memberikan kerjasama demi
menegakkan perjuangan UMNO Sandakan agar lebih mantab  dan sementara dipihak yang menang juga harus
memperbaiki  prestasi  perjuangan mereka  yang lebih jitu.” katanya
Dalam perkembangan yang
berkaitan  Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan
Noraini Sulong yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Persiapan Pelaksanaan Mesyuarat
Perwakilan UMNO Sandakan menjelaskan 
bila melihat suasana keadaan dalam dewan masyarakat dipenuhi lautan
manusia yang turut hadir pada perasmian Mesyuarat Agung tersebut.
“Keadaan hari ini sangat
luar biasa karana ramai ahli-ahli UMNO yang datangnya dari beberapa cawangan
sama-sama membanjiri  majlis peramian
tersebut tidak kira mereka berjawatan dalam cawangan atau ahli-ahli biasa” kata
Noraini.
Turut hadir  sama pada majlis tersebut ialah Ketua Bahagian
UMNO Batu Sapi  (ADUN Sekong) Datuk Hj
Samsudin Yahya  Naib Ketua Bahagian UMNO
Libaran (ADUN Gum-Gum) Datuk Hj Zakaria Hj Idris, Ketua Wanita UMNO Bahagian
Sandakan Noraini Sulong, Ketua Puteri UMNO Bahagian Sandakan Siti Aibah  Majid, ADUN Karamunting Charlie O Pang, ADUN
Elopura Datuk Au Kam Wah  Ketua Permuda UMNO Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Ampong dan ketua-ketua komponen BN.
No comments:
Post a Comment