Saturday 6 September 2014

JIKA SABAH KELUAR DARI MALAYSIA BANYAK BENCANA YANG BAKAL DIHADAPI OLEH RAKYAT SABAH.....SHAFIE

 By Admin

OLEH: KAMARUL ZAMAN


KUALA LUMPUR:- Rakyat Sabah khususnya beberapa pemimpin songsang yang berhasrat mahu membawa Sabah keluar dari Malaysia yang kini hangat diperkatakan bukan saja di kedai-kedai kopi bahkan  sudah tersebar luar di media-media cetak elektronik dan media portal bukan semudah itu banyak rintangan  yang  dihadapi.

Kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia tidak memberi jaminan bahawa negeri itu akan stabil dari aspek keselamatannya kerana kerajaan seringkali berdepan dengan pelbagai masalah untuk melindungi Sabah daripada ancaman pihak luar yang juga ingin menuntut negeri itu.
"Nak bebaskan bukan satu kerja yang mudah, selatan Filipina pun mereka menuntut dan menyatakan Sabah sebahagian dari negara itu. Abu Sayyaf culik rakyat kita...kita pun berdepan dengan pelbagai masalah.
 GAMBAR ARKIB.....Andaian sebaik saja Sabah keluar dari Malaysia bala tentera Abu Sayyap inilah yang menyerang pertama Sabah












"Bayangkan kalau itu (bawa Sabah keluar dari Malaysia) berlaku adakah jaminan bahawa Sabah akan stabil dan keselamatannya terjamin," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Minggu Destini Siswa (MDS) Sesi September 2014 Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas provokasi pihak tidak bertanggungjawab untuk membawa keluar Sabah dari Malaysia yang tersebar menerusi laman sosial baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Mohd Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata, selepas negara mencapai kemerdekaan banyak manfaat dinikmati rakyat termasuk di Sabah berbanding rakyat di kebanyakan negara lain yang telah lama mencapai kemerdekaan.
Mengenai dakwaan pihak pembangkang bahawa isu itu timbul disebabkan pembangunan di kawasan pedalaman Sabah yang agak terbelakang berbanding di negeri lain, Mohd Shafie berkata walaupun masih terdapat kekurangan dari segi pembangunan di kawasan terbabit tetapi ia bukan menjadi alasan untuk rakyat Sabah keluar dari negara ini.
Malah, beliau berkata sekiranya rakyat berpendapat kerajaan tidak melakukan yang terbaik mereka boleh menzahirkan ketidakpuasan hati itu melalui proses pilihan raya.
"Apapun kita perlu pastikan supaya dalam kita mentadbir negara masyarakat perlu difahamkan tentang kesan perkara yang disebarkan.
 Mungkin hari ini mereka tidak terikut (tentang hasutan keluar Malaysia) tapi kalau setiap hari disogokkan dengan perkara seperti ini ia akan mendorong kepada perkara yang tidak sepatutnya.
"Yang membimbangkan kita tindakan yang boleh akibatkan keadaan kacau bilau di negara ini kerana kita harus faham negara ini terdiri daripada rakyat pelbagai kaum," katanya.

“Mungkin hanya rakyat daripada suku kaum Kadazan, Murut, Dusun dan Sungai saja yang setuju Sabah keluar dari Malaysia dan bangsa-bangsa lain yang sudah menjadi warga Malaysia adakah mereka setuju dengan cadangan ini.

“Kita kena fikir 100 kali seandainya Sabah keluar dari Malaysia  apa yang kita ada apa kekuatan kita untuk menentang Abu Sayyap, Militen dari saki baki Jamalul Kiram yang sememangnya menunggu untuk merampas negeri Sabah bila-bila saja kalau ada peluang ” tegas Shafie lagi.


No comments:

Post a Comment