Tuesday, 23 September 2014

MAMPU KAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT TAKLUKI PUTRA JAYA PADA PRU 14 NANTI


OLEH: RAMASAMEY KARUNAKARAN

PETALING JAYA::- Semua orang mempunyai cita-cita dan angan-angan tinggi untuk menggapai sesuatu benda yang kita inginkan, angan-angan tidak serupa dengan cita-cita.
Angan-angan tidak perlu bergerak tidak perlu berusaha angan-angan hanya duduk mengelamun termung membayangkan sesuatu benda yang tidak pasti wujud, berbanding dengann cita-cita kalau seseorang itu bercita-cita hendak menjadi seorang peguam mereka  terpaksa berlajar bersunggu-sungguh.
Tetapi untuk mengejar cita-cita yang kita impikan selama ini harus mempunyai keyakinan diri dan jati diri yang jitu bekerja keras dalam satu team yang mantap tiada berlakunya diskriminasi antara satu sama lain barulah sebarang kejayaan dapat dicapai.
Samalah apa yang diimpikan oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin menyeru semua pihak untuk bergerak maju ke hadapan bersama dengan kepimpinan Menteri Besar Selangor yang baru agar semua rancangan kerajaan PR dapat dicapai dengan mudahnya menerusi kerjasama dalam  berpasukan tanpa adanya berbelah bahagi.
Menurut beliau, seiring dengan perkembangan ini, AMK akan membantu merangka dasar untuk belia dan anak muda samada di bandar dan desa merangkumi aspek pembangunan insan, ekonomi dan sosial.
“Kami berharap dengan pelantikan ini, Negeri Selangor Darul Ehsan akan menjadi negeri yang komited dengan agenda kesejahteraan dan kemakmuran rakyat seperti mana yang dipersetujui bersama oleh Pakatan Rakyat (PR).
“Semoga Negeri Selangor akan menjadi bukti kejayaan dasar pentadbiran PR dan seterusnya menjadi pemangkin untuk ke Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambahnya beliau, mengalu-alukan pengumuman oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah merestui pelantikan Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru dan juga telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR sebulat suara.
“Kami percaya pengumuman ini disambut baik oleh majoriti anggota parti dan rakyat negeri Selangor.
Semalam, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani mengesahkan bahawa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan Azmin Ali untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Di dalam surat dari Istana yang diterima FMT mengatakan Sultan Selangor telah berkenan melantik Azmin untuk menjawat jawatan MB Selangor berkuatkuasa 23 September 2014.
“Sehubungan itu, Azmin diminta hadir ke istiadat Angkat Sumpah jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang Amat Berhormat Datuk Menteri Besar Selangor yang akan diadakan pada 23 September 2014, jam 10.30 pagi di Istana Alam Shah, Klang.
“Kerjasama pihak Azmin dalam menyempurnakan perkenan Sultan Selangor ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih,” katanya di dalam surat tersebut.



No comments:

Post a Comment