Sunday 14 September 2014

PEMBINAAN JALAN LIBARAN TIDAK MENJADI KENYATAAN DARI KHABAR INDAH RUPA......WONG

By Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen kawasan Sandakan Stephen Wong menyelar   kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana gagal untuk  membina projek Jalan Libaran yang  dikatakan bakal dilaksanakan sejak Rancangan Malaysia ke-8, lagi  tetapi hingga kini Rancangan Malaysia ke-10 hampir berakhir, projek tersebut masih tidak kelihatan ini jelas dan terbukti  “Kerajaan BN tidak prihatin terhadap jalan raya Sandakan, dan langsung tidak mengambil berat terhadap permintaan orang Sandakan!”

Wong berkata demikian merujuk kepada kemalangan jalan raya yang berlaku di 35 KM Sandakan-Telupid, yang melibatkan sebuah lori yang muat dengan buah kelapa sawit, menyebabkan jalan tersebut mengalami kesesakan lebih daripada 3 jam.

Katanya, jika lori tersebut terlanggar disebabkan jalan raya yang buruk, kerajaan BN harus bertanggungjawab terhadap insiden ini.

Wong berkata, walaupun orang Sandakan amat mengharapkan kerajaan BN menyediakan jalan yang baik kepada mereka, tetapi setelah berpuluh-puluh tahun berlalu, masih tiada jalan raya yang baik untuk kegunaan rakyat. Ini amat menyedihkan.

Menurut Wong, pada persidangan parlimen bulan Jun 2013, beliau pernah bertanya bilakah projek Jalan Libaran batu 16 hingga batu 32 akan bermula, dan menteri menjawab bahawa projek tersebut terdapat 4 fasa, dimana fasa pertama akan mula ditender pada bulan September, dan pembinaan bermula pada bulan Disember.

Wong mengimbas kembali bahawa, apabila beliau bertanya kepada menteri berkenaan sekali lagi pada persidangan Parlimen bulan November 2013, menteri tersebut pula berkata jalan akan mula ditender pada bulan Disember, bulan Januari 2014 pembinaan dimulakan.

Namun begitu, kini telah sampai bulan September 2014, jalan Libaran masih belum memulakan kerja-kerja pembinaannya, inilah hasil kerajaan BN.

Beliau menegaskan bahawa, jalan Libaran amat penting untuk orang Sandakan, ia merupakan jalan utama yang akan lalui untuk pergi ke Pantai Barat, Lahad Datu, Tawau, Semporna dan lain-lain, tetapi hingga kini masih belum selesai projek ini, kerajaan BN masih berhutang kepada orang Sandakan.


Wong juga tidak puas hati dengan kerajaan BN, terutamanya Ketua Menteri serta Timbalan Ketua Menteri yang berasal dari Sandakan, kerana tidak mengambil berat terhadap projek pembinaan jalan Libaran ini, dan langsung tidak prihatin dengan permintaan dan harapan orang Sandakan mungkin menunggu ramai  yang jadi mangsa korban dalam tragedy kemalangan baru kerajaan bertindakan segera.

No comments:

Post a Comment