Tuesday, 23 September 2014

AZMIN ALI SAH JADI MB SELANGOR BERKUATKUASA PADA 23-09-2014


OLEH KAMARUL ZAMAN

SELANGOR:- Impian rakyat  Selangor  mahukan  Mohd Azmin Ali  jadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menjadi kenyataan.
Pemilihan Azmi sebagai Menteri Besar Selangor yang berkuatkuasa hari ini 23-09-2014 memang pemilihan yang amat tepat sekali dan tidak menimbulkan sebarang kontraversi  bukan saja di kalangan rakyat Selangor  bahkan Sultan Selangor sendiri  setuju mengenai perlantikan  tersebut.
Azmin Ali yang menjawat-jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.
Ini jelas pelantikannya yang  berkuatkuasa 23 September 2014 itu mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menerima surat pelantikan yang ditandatangani Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, petang Isnin.
“Sukacita dimaklumkan bahawa Sultan Selangor telah berkenan melantik YB (Yang Berhormat) tuan untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor berkuat kuasa 23 September (Selasa).
“Sehubungan itu, YB diminta hadir ke istiadat angkat sumpah jawatan dan ikrar aku janji serta pengurniaan surat cara pelantikan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Selangor,” menurut surat itu.
Surat perlantikan itu disahkan sendiri oleh Mohamad Munir ketika dihubungi wakil media di ibu pejabat PKR di sini.
 

SURAT PERLANTIKAN MENTERI BESAR SELANGOR

Menurut surat itu lagi, majlis angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Alam Shah, Klang pada pukul 10.30 pagi Selasa.
“Kerjasama pihak YB dalam menyempurnakan perkara Sultan Selangor amat dihargai dan diucapkan terima kasih,” katanya.
Pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu itu menjawab spekulasi yang tersebar mengenai beliau akan mengangkat sumpah untuk jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Azmin merupakan antara tiga calon yang disenarai pendek dan telah menghadap Sultan Selangor serta ‘ditemuduga’ secara berasingan pada minggu lalu.
Selain beliau, dua calon lagi adalah Adun Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi.


No comments:

Post a Comment