By Admin

"Ingin
saya meyakinkan Datuk Seri (Najib), dan saya rasa Datuk Seri pun tahu perkara
ini, teguran yang dikemukakan ayahanda Tun Mahathir datangnya daripada sifat
sayang dan bertujuan memberi kekuatan kepada Datuk Seri.
"Daripada
kenyataan-kenyataan Datuk Seri sendiri, saya percaya Datuk Seri juga memahami
perkara ini," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Umno
Bahagian Jerlun yang disempurnakan oleh Najib hari ini.
Baru-baru
ini, Dr Mahathir menerusi blognya berkata beliau terpaksa menarik
balik sokongan dan mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Najib kerana melihat
dasar dan tindakan beliau tidak berkesan.

Mukhriz
yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun berkata hanya orang yang sayangkan kita
sahaja yang akan menegur kita untuk membetulkan kesilapan yang mungkin kita
lakukan.
"Ini
adalah manifestasi sokongan yang ikhlas terhadap pemimpin. Sokongan kategori
ini yang saya perlukan kerana saya juga akui tidak mempunyai monopoli
kebijaksanaan dalam mentadbir negeri ini. Sokongan ikhlas seperti ini juga
memberi kekuatan kepada pemimpin. Kalau kita tidak sayang seseorang itu,
masakan kita akan menegur untuk kebaikannya.
"Walaupun
begitu, satu lagi kategori sokongan adalah yang membawa rebah. Sokongan jenis
ini disulami kata-kata manis yang mengasyikkan, membuai pemimpin dengan
mimpi-mimpi indah walhal keadaan sebenar lebih mirip mimpi ngeri. Ini berbahaya
bagi pemimpin, dan saya harap saya tidak dikelilingi penyokong daripada
kategori ini," katanya.
Sementara
itu, Mukhriz berkata seluruh kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) negeri
Kedah akan taat dan setia kepada perjuangan parti serta ikhlas menyokong
kepimpinan Najib.

"Saya
ingin menyatakan bahawa BN Kedah akan terus berusaha untuk mengekalkan sokongan
rakyat agar mandat yang diamanahkan itu akan kekal di dalam tangan kita
(BN)," katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment