Tuesday 9 September 2014

SK TAMPULAN TELIPOK KAWASAN DUN INANAM KEADAANNYA LEBIH BAIK KADANG KAMBING

By Admin

OLEH: CHARLES P ANDIANG
FOTO: RICHARD TIBOK


INANAM:-  Negeri Sabah sudah merdeka 51 tahun tiada apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat khususnya dalam arus perdana pembangunan.

Memang tidak dinafikan ada juga kawasan-kawasan DUN dan Parlimen maju dalam aspek pembangunan tetapi hanya kawasan yang diwakili oleh ADUN dan Ahli Parlimen kerajaan  Barisan Nasional (BN) saja yang mendapat perhatian sepenuhnya sementara Kawasan DUN dan MP yang diwakili oleh parti pembangkang terus dianak tirikan dalam menikmati atau mengecapi kemudahan asas daripada kerajaan yang sedia ada.
 

Contoh yang paling dekat  kawasan DUN N13 ini yang terletak dibanjar Croker perjalanan dari pekan Telipok mahu juga memakan masa 30 minit.

Menurut beberapa penduduk Kampung  yang sempat ditemui oleh wartawan News FST yang nama dan wajah mereka tidak mahu disebut dan dipaparkan diportal ini masing-masing menjelaskan.

Kawasan DUN Inanam ini bukan saja  jalannya teruk dan menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai  sebelum pilihanraya umum PRU 13 lalu  kawasan ini mendapat  kelulusan peruntukkan untuk menaik taraf jalan tersebut berjumlah RM17 juta  tetapi sehingga sekarang tidak menjadi kenyataan  mana sudah perginya wang peruntukkan sebanyak itu.   


Kata mereka lagi pada dahulunya kawasan  DUN Inanam ini  diwakili oleh ADUN BN daripada parti komponen PBS tetapi  gagal membangunkan dalam aspek prasarana untuk dinikmati  oleh rakyat jelata sehinggalah jatuh kepangkuan pembangkang.

Selain jalanraya yang menjadi masalah kepada penduduk setempat di kawasan tersebut ditambah pula masalah baru iaitu bangunan Sekolah SK  Tampulan Telipok telah usang kalau dilihat dengan mata kasar  jika dibandingkan lebih baik kandang kambing daripada keadaan bangunan sekolah berkenaan dindingnya kebanyakan papannya sudah reput atap bumbungnya di sana sini bocor membocor.

ISTIMEWA KAMBING....Daripada bangunan SK  Tampulan Telipok 




Menurut sumber itu lagi perkara ini sudah dimakumkan  kepada pihak Jabatan Pelajaran menerusi Mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan tetapi sehingga kehari ini tiada khabar berita.

Untuk memberikan keselesaan kepada murid-murid belajar di bangunan usang itu orang-orang kampung dengan bantuan daripada ahli-ahli PIBG terpaksa bergotong royong untuk  memperbaiki dibahagian mana  yang mengalami kerosakan.

“Saya berharap dengan tersiarnya berita ini nanti agar pihak kerajaan dapat mengambil perhatian mengenai nasib penduduk  Telipok dan kampung-kampung yang berhampiran yang sentiasa dipinggirkan kami ini anak jati Sabah  terus menderita lebih baik kehidupan  PATI mendapat pelbagai kemudahan daripada kerajaan BN berbanding dengan kami” kata Atoi.

No comments:

Post a Comment