Thursday, 25 September 2014

KENAPA PEMBUANGAN BAYI DI KALANGAN WANITA ISLAM SEMAKIN MENJADI-JADI...TANYA SALEENA


OLEH: SAIMON S JUMADI

TANJUNG PAPAT:  Ketua Wanita Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tanjung Papat Puan Saleena  Az (gambar) menasihatkan kaum wanita terutama sekali remaja agar pandai menjaga diri dan akhlak yang mulia.

Sebagai seorang wanita seharusnya mempunyai nilai-nilai murni dan punyai  jati diri yang jitu sebab wanita pada hari ini sudah setanding dengan kaum lelaki dalam pelbagai aspek.

Saleena berkata demikian  kepada media ketika diminta mengulas satu kenyataan media yang bertajuk “  Dalam Tempoh Suku Tahun 2014  Pembuangan Bayi Sudah Mencecah 26 Kes” seperti yang tersiar diportal The Sabah Insider News pada 24 September 2014.

Kata Saleen lagi  perbuatan ini amat dikesali kerana melibatkan para remaja perempuan yang terdiri daripada masyarakat Islam yang terlalu cenderong melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Memang gejala masksiat di mana-mana saja memang berlaku fenomena ini memang sukar dibendung selagi seseorang itu cetek dalam ilmu pengetahuan agama Islam maka mereka mudah didorong oleh hasutan iblis untuk melakukan maksiat seperti berzina dengan bebas dengan pasangan masing-masing walaupun mereka belum lagi menjadi suami isteri.
 ujarnya.


Selaku Ketua Wanita PBS Saleena meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malysia (JAKIM) agar sentiasa membuat serbuan di mana-mana saja rumah penginapan, hotel-hotel tak kira hotel bertaraf 1 hingga 5 bintang harus di serbu kerana tempat-tempat inilah  ramai remaja melakukan maksiat selain di taman-taman peranginan.

Katanya ekoran seks rambang dengan kekasih masing-masing yang belum mughrim tanpa hadnya maka ramai remaja perempuan jadi rosak ramai yang mengandung kemudian bila melahiran anak, anak tadi yang tidak berdosa dibuang begitu saja di mana-mana tanpa ada rasa  belas kesihan sedangkan binatang yang tidak punya akal namun mempunyai rasa kasih sayang kepada anak-anak mereka.





No comments:

Post a Comment