Saturday 30 November 2013

DAP elections: ‘Base votes on contributions’


By Admin | Saturday  November 30, 2013
With DAP state-level elections looming tomorrow calls are being made for delegates to vote wisely based on candidates contributions and not sentiments.
 











BUKIT MERTAJAM: A DAP veteran has called on delegates voting in tomorrow’s state-level DAP elections to cast their votes based on what the candidates have contributed to the party over the past three years.
Jalan Tembikai DAP branch head K Gunabalan said: “Delegates must choose wisely and not be swayed by sentiments, nor elements of cronyism.”
Gunabalan fears that the over 1,000 delegates, casting their ballots tomorrow, may vote along the lines of factionism or personality, saying the party delegates must not forget the party’s original struggles.
Approximately 40 candidates qualify to contest for 15-slots in the state DAP election.
Those who win, will later determine posts to be held by individuals elected.
The present line-up comprises of Padang Kota assemblyman Chow Kon Yeow as the state chairman with veteran Lim Hock Seng as his deputy.
It is expected that several candidates are likely to withdraw from the running when elections begin tomorrow at the George Town City Hotel.
However, the number of contestants still is expected to remain large, in view of DAP’s popularity, believed to currently be at an all time high after it performed well in the GE13.
“Now that DAP is a popular party with positions in government, particularly at Penang state level, it is important to support candidates who have served the party. We must distingush the difference between party and government posts,” Gunabalan said.
Gunabalan reminded delegates not to emulate Umno, who have blurred the distinction of holding party and government positions.
“Governments come and go but what remains is our party struggle so we must clearly support those who have worked and served DAP in Penang.”
“I am worried that the criteria for choosing leaders may be hijacked by the thirst for power or craving for positions within the state government,” he added.
Gunabalan urged delegates to refrain from factionism and not to have the idea that winning a slot in the Penang DAP committee is an automatic ticket to becoming an assemblyman, a Member of Parliament or a councillor.
The way forward for DAP is to elect candidates who have strong leadership qualities, those who have served the party diligently, avoid polarising figures, while taking into account the command of seniority, he asserted.
Gunabalan opined that DAP should shed public perception that it is a Chinese-centric party by voting for a balanced representation of leaders.
Veterans led by Chow, who are mostly the incumbents, will be the favorites to be re-elected tomorrow.
Datuk Keramat assemblyman Jagdeep Singh Deo and Chief Minister Lim Guan Eng’s younger sister Lim Hui Ling, are also expected to be retained.
Pushing for the remaining slots are relatively newcomers, the outspoken Jelutong MP Jeff Ooi, Bukit Bendera MP Zairil Khir Johari, Bukit Mertajam MP Steven Sim and darkhorses are former Pulau Tikus assemblyman Koay Teng Hai, councillor Ong Ah Teong and Jawi assemblyman Soon Lip Chee.
State executive councillor Phee Boon Poh, voted out in the previous election, is expected to make a comeback this time round.
It is learnt that a tagline has emerged admist the campaigning trail, which is for delegates to support the party’s elected representatives in the election. fmt

GP warns FMT columnist


By Admin....Saturday November 30,2013
FMT columnist Mariam Mokhtar has been warned for writing articles that can be deemed seditious.
 




KOTA KINABALU: Inspector-General of Police Khalid Abu Bakar has warned freemalaysiatoday.com’s columnist, Mariam Mokhtar, from writing articles that can be deemed seditious.
He was displeased with her article, entitled “One Ideology, Two Reactions”, published on the portal yesterday, in which she questioned the government’s discriminating treatment on the return of two Malaysian-born communist radicals — ashes of the deceased Malayan Communist Party leader Chin Peng from Bangkok, Thailand and Siti Aishah Abdul Wahab, who had been influenced by the political ideology and was allegedly held as a slave in London for 30 years.
“She (Mariam Mokhtar) had better watch out or we will go after her.
“This (article) is highly seditious. Don’t publish just to attract people to visit your website. That can also be an invitation for us (police) to come and apprehend you,” he told reporters after the opening of the Security and Public Order Seminar here today.
The seminar was opened by Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
Khalid was disappointed that the columnist could not differentiate the degree of the offence committed by Siti Aishah and Chin Peng.
“Even an uneducated person understands why the government allowed Siti Aishah to return home and not Chin Peng’s ashes. It is not because one is a Malay and the other, a Chinese.
“Chin Peng was involved in armed struggle, while Siti Aishah purely adopted a leftist ideology. Tell me how many people has she killed?” he asked.
Khalid said no action would be taken against Siti Aishah should she return to Malaysia on the grounds that she was already 69 years old and that her offence was committed a long time ago.
Regarding Siti Aishah’s citizenship, he said police were still waiting for a report from the United Kingdom on whether or not she had given up her Malaysian citizenship during the 45 years she was in the European country.
The woman, who hails from Jelebu, Negeri Sembilan, left the country in 1968 to pursue her studies at the London School of Economics in the United Kingdom, but neglected her studies after being influenced by the leftist ideology. BERNAMA

LETAK MOTORSIKAL DITEMPAT TERANG ELAK KENA CURI NASIHAT POLIS

 Sabtu November, 30, 2013 - 8:05 pm

By Admin

OLEH: FARIDAH AHMAD

TAWAU:-Ekoran mencuri motorsikal semankin menjadi-jadi di daerah Tawau lantas  Polis menasihati pemilik motosikal supaya meletak kenderaan mereka di kawasan terang dan memasang kunci pendua bagi mengelak kecurian.
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata ini kerana pihaknya banyak menerima laporan mengenai kes kehilangan motosikal.
“Kes terbaru membabitkan sebuah motosikal milik Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang diletak di kawasan perumahan kakitangan hospital dan dilaporkan hilang awal pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata sikap pemilik motosikal yang meletakkan kenderaan mereka tanpa mengambil langkah keselamatan memberikan peluang kepada penjenayah untuk mencuri.

Wanita Taiwan Diculik Berada Dalam Keadaan Selamat – KPN

 Saturday November, 30, 2013 - 5:38 pm

By Admin

KOTA KINABALU, 30 Nov (Bernama) — Polis memberi jaminan keselamatan wanita warga Taiwan yang diculik di Pulau Pom-Pom, Semporna pada 15 Nov lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata kes sedang diuruskan oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan Filipina.
“Kami beri jaminan yang mangsa berada dalam keadaan selamat. Kami juga membantu keluarganya tatkala kami berusaha membebaskannya dengan kerjasama pihak berkuasa negara jiran,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di sini hari ini.
Menurut Khalid, pasukan keselamatan dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) sedang mengkaji semula langkah-langkah keselamatan susulan insiden itu yang turut meragut nyawa seorang lagi pelancong warga Taiwan.
Beliau berkata polis juga meningkatkan aktiviti kepolisian komuniti di pulau-pulau dan telah meminta pengusaha resort di pulau-pulau memberikan kerjasama penuh kepada anggota keselamatan.
Dalam kejadian pukul 1 pagi 15 Nov lepas, pelancong lelaki warga Taiwan berusia 57 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun diculik oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
– BERNAMA

IBUBAPA DISARAN BERIKAN DIDIKAN AGAMA YANG SEMPORNA ANAK-ANAK MEREKA.....NORAINI SULONG




Written By Admin
Sabtu November 30,2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong  merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM daerah Sandakan  menyarankan kepada ibubapa agar  prihatin  dan setiasa mengambil berat terhadap perkembangan anak-anak terutamanya dalam penguasaan ilmu.
Kita sebagai Ibubapa telah dipertanggungjawabkan terhadap anak-anak yang perlu diberikan didikan  Agama yang semporna  kerana  kita akur dalam kemajuan era globalisasi dunia   yang semakin mencabar ini.
Noraini berkata demikian ketika berucap merasmikan  Majlis  Khatam Al- Quran dan Berkhatan Terbuka Murid-Murid KAFA  anjuran KAFA Daerah Sandakan 1 2013  yang dilansungkan di Dewan Serbaguna Masjid daerah Sandakan di sini pagi tadi.

Kata Noraini lagi prndidikan Islam  lah saja yang boleh dijadikan panduan  dan keimanan  kepada Allah bila mereka dewasa nanti mereka akan menjadi orang-orang yang bertaqwah kepada Allah.
“Tanpa pendidikan  Agama yang yang sempuna lantas anak-anak kita  nanti mudah terjerumus untuk melakukan perkara-perkara  yang mungkar dari itu. Mariah kita sama-sama mendidik ana-anak kita ke arah kecemerlangan utuk dunia dan juga akhirat. Ujarnya.
Dalam konteks ini  tambah Noraini sesiapa saja tidak dapat menafikan  pada dewasa ini kita sering dipertontonkan  dengan pelbagai gejala kerosakan sosial  akhlak yang melibatkan anak-anak kita, kesedihan ini amat terasa kerana membabitkan sebilangan besar generasi anak-anak orang  Islam.

“Dengan adanya majlis seumpama ini  dapat memupuk  minat anak-anak untuk mencintai Al-Quran  dan menghayati  cara hidup  yang amat bermakna .
Dikesempatan ini saya ingin merayu dan mengajak kepada ibubapa  agar berusaha  menghantar anak-anak mereka  ke Kelas KAFA di kawasan masing-masing semoga mereka  mendapat pendidikan  Agama yang betul bukannya belajar hanya sekadar ikut-ikutan sahaja” tegasnya.
Seramai 87 kanak-kanak yang akan dikhatan  antara umur 9 tahun hingga 12 tahun sementara 216 orang kanak-kanak  yang lain dan membabitkan lelaki dan perempuan telah menyertai Majlis Khatam Al Quran.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ustaz Hj Paijo Hj Sarjono Pembantu  Hal Ehwal Islam Malaysia merangkap Penyelia KAFA  Sandakan 1 dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Puan Rahimah Asrah
Sebagai menyerikan suasana majlis tersebut para hadirin telah dihiburkan oleh dua persemahan nasyid dan sarahan Agama

PERTANYAAN MP (DAP) SANDAKAN MENGENAI JUMLAH KEDUDUKAN SEKOLAH DI SABAH TERJAWAB



Written by Admin
Saturday 30 November 2013

OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
KUALA LUMPUR:- Dalam sesi  soal jawab pada persidangan Parlimen kelmarin Ahli Perlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong (Gambar) bertanya kepada Menteri Pendidikan  mengenai beberapa kah jumlah pelajar dan jumlah peruntukkan pada tahun 2008-2013 oleh Kerajaan untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Sabah, mengikut jenis sekolah (SRK, SRJK(C), SRJK(T), SMK, SMJK, Sekolah Agama, Sekolah Missionary, dan lain-lain)? Apakah nisbah peruntukkan itu kepada setiap pelajar mengikut jenis sekolah?
Dalam menjelasan menteri berkenaan  antara lain menyebut jumlah pelajar Sabah pada Tahun 2008 ialah seramai 489 270 orang. Jumlah tersebut meningkat kepada 493481 orang pada tahun 2009 dan 496 795 orang pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011 dan 2012, masing – masing meningkat kepada 499 381 orang dan 502 456 orang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah terdiri daripada peruntukan – peruntukan Belanja Mengurus, Belanja Pembangunan (DE), Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan Pakej Rangsangan Khas (PRK) “ Kata menteri itu.
Sambungan menteri berkenaan bagi Negeri Sabah, secara purata peruntukan tahunan Belanja Mengurus dalam tempoh lima tahun (2008 – 2012) yang diperuntukan kepada Sekolah Kebangsaan ialah sebanyak RM 1.24 billion, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak RM 100.01 juta, Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM 78.26 juta dan Sekolah Mubaligh sebanyak RM474.97 juta.
Selain daripada itu, tambahnya  Sekolah Kebangsaan turut menerima peruntukan DE sebanyak RM 28.3 juta, manakala peruntukan bagi PRK 2012 dan 2013 sebanyak RM 174.5 juta.

“Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sekolah berkenaan telah menerima peruntukan DE sebanyak RM 21.59 juta, PRE sebanyak RM 12.72 juta dan PRK 2012 dan 2013 sebanyak RM 25.8 juta. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan pula menerima peruntukan DE sebanyak RM 470 ribu, PRE sebanyak RM 497 ribu dan PRK 2012 dan 2013 sebanyak RM2.4 juta”  Jelasnya
Manakala Sekolah Mubaligh menerima peruntukan DE sebanyak RM 5.5 juta, PRE sebanyak RM 14.2 juta dan PRK 2012 dan 2013 sebanyak RM 57.5 juta.


NEGERI SABAH MASIH KETINGGALAN JAUH ARUS PEMBANGUNAN KHUSUNYA JALAN RAYA...WONG



Written by Admin
Sabtu November 30, 2013

SURAT KEPADA PENGARANG
PEMBANGUNAN infrastruktur adalah amat penting untuk negeri Sabah, negeri yang paling miskin di Malaysia. Pada masa kini, selepas 20 tahun pentadbiran yang lemah oleh Kerajaan BN, Sabah masih jauh ketinggalan dalam pembangunan, khususnya Jalanraya. Ini pun membuktikan pagi ini Ahli Parlimen Sabah yang duduk sebelah sana pun setuju.

Saya ingin menyentuh perkara di bawah maksud pembangunan 27, di bawah butiran 08 tentang jalanraya peruntukan Sabah, bahawa dalam peruntukkan RM476 juta untuk memulihkan dan naik taraf jalan. Saya minta Menteri untuk mempecahkan peruntukan tersebut diperuntukan berdasarkan projek.

Saya ingin membaca sedikit informasi tambahan dan latar belakang untuk makluman Dewan yang Mulia ini. Merujuk kepada Dokumen Korridor Pembangunan Sabah, Sabah mempunyai 1,428km jalan persekutuan dan 14,249km jalan negeri. Keseluruhannya, hanya 6,094km adalah sealed. Tetapi ada 9,583km adalah gravel and earth roads, dengan izin.

Maksudnya, hanya 38.9% jalan raya di Sabah yang sudah sealed, berbanding dengan 89.4% di Semenanjung Malaysia. Begitulah besar jurangnya, di antara Sabah dan Semenanjung.

Tetapi malangnya, dalam Bajet ini, jumlah peruntukkan untuk Sabah hanya lah RM476 juta, manakala RM2.836 billion telah diperuntukkan kepada Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, berbanding dengan tahun 2013, peruntukkan untuk Sabah telah dikurangkan! Sabah dapat RM548 juta pada tahun 2013, tapi tahun 2014, dikurangkan sebanyak 13%! Sarawak teruk lagi dikurangkan, daripada RM303 juta ke RM217 juta sahaja. Tetapi pada waktu yang sama, peruntukkan untuk Semenanjung Malaysia telah ditingkatkan sekurang – kurangnya RM900 juta, iaitu 47%, daripada RM1.927 billion ke RM 2.836 billion! Kenapa peruntukan Sabah dikurangkan, tetapi Semenanjung ditambah begitu banyak?

Saya ingin memberitahu Dewan yang Mulia ini, bahawa ada beberapa projek pembinaan jalan raya yang sudah lama dicadangkan untuk Sabah, khasnya Sandakan tetapi sampai hari ini, masih tidak diambil berat oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Contohnya, yang pertama, Jalan Libaran Bypass, dari Batu 16 ke 32 Jalan Labuk. Kalau tidak silap, projek ini telah dicadangkan sejak Rancangan Malaysia Ke-8 lagi, tetapi sampai hari ini pun, masih belum dimula. Saya ingin tahu, berapakah yang dicadangkan untuk projek ini dalam Bajet kali ini?

Dalam jawapan kepada saya pada bulan Jun ini, Menteri memaklumkan kepada saya bahawa jalan ini akan dimula dengan 4 pakej. Pakej pertama akan ditender pada bulan September ini.

Pada minggu yang lepas, Menteri sudah berjawab soalan yang berkenaan dalam penggulungan bajet di peringkat dasar bahawa tender itu akan dijalankan bulan ini, walaupun dah bulan November dan akan melaksanakan dengan Rolling Plan. Saya juga berasa kecewa mengapakah projek ini telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-8 maka masih sekarang, masih di dalam Rolling Plan dan tunggu sampai sekarang. Adakah projek ini akan terus rolling sampai Rancangan Malaysia ke-20? Rolling sampai bila? Saya harap janji tersebut bukan janji kosong dan rakyat di Sandakan masih menanti-nantikan. Saya harap Menteri boleh bertimbang bahawa projek ini akan dimulai sekarang dan diberi peruntukan yang tetap dan mencukupi untuk kesejahteraan rakyat di Sandakan dan negeri Sabah.

Contoh yang kedua, projek perluasan dan naik taraf Jalan Labuk dari Batu 8 ke 16, di Daerah Sandakan. Untuk makluman dewan ini, projek ini sepatutnya telah disiap bina pada 27hb April 2012, manakala projek ini telah ditangguhkan ke bulan Oktober 2013 dan baru – baru ini diberitahu projek tersebut akan ditangguhkan ke bulan April tahun 2015. Saya minta penjelasan dari kementerian apakah jumlah peruntukkan untuk projek ini? Adakah projek tersebut diperuntukkan di bawah perkara yang sama seperti tadi yang saya hujah? Saya berharap projek ini boleh disiapkan pada tarikh yang ditetapkan dan tidak ditangguh – tangguhkan lagi.

Yang ketiga, mengenai projek naiktaraf dan pemulihan Jalan Batu Sapi, fasa 1, 3.5km dengan kos RM 24juta di Batu Sapi. Walaupun projek itu baru disiapkan, dan saya diberitahu bahawa projek ini belum dapat Certificate Completion, dengan izin, tetapi jalan ini sudah rosak dengan begitu teruk. Saya dimaklumkan bahawa projek ini akan ditender semula. Oleh yang demikian, apakah jumlah peruntukkan untuk projek yang retender ini? Saya mendapati projek ini adalah di bawah kewajipan kerajaan negeri dan diperuntukkan dari kerajaan persekutuan. Saya ingin tahu apakah status projek ini. Sila beri penjelasan bahawa kontraktor yang gagal melaksanakan projek yang diamanahkan sama ada akan bayar balik RM 24juta yang telah diguna?

Yang ke-empat, mengenai projek pembinaan Jalan Pintas Sandakan (Southern Ring Road) sepanjang 7.05 km. Projek ini telah dijanjikan oleh Barisan Nasional lapan belas tahun lepas. Penduduk di Sandakan sudah tunggu selama 18 tahun. Rakyat Sandakan berasa amat kecewa dan marah kerana janji tersebut langsung tidak ditepati.

Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, projek Jalan Pintas Sandakan fasa pertama telah disiap bina sejak 10 tahun yang lalu, manakala pembinaan fasa kedua masih belum bermulai memandangkan projek ini sepatutnya disiap bina 10 tahun yang lalu.

Juga merujuk bekas Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, YB Datuk Tan Shu Kiat, pada 30hb July 2008, beliau telah mengumumkan bahawa Jalan Pintas Fasa 2 diberi peruntukan sebanyak RM 194 juta. Pembinaan tersebut akan bermula sedekat masa dan jangka akan mengambil masa 2 tahun. Oleh itu, projek ini sepatutnya telah disiap bina pada tahun 2011.

Dalam perkara ini, adakah ini merupakan satu penipuan daripada Kerajaan Barisan Nasional dan haraplah kerajaan boleh memulakan pembinaan tersebut secepat mungkin. Walaupun sudah lepas 20 tahun, janji itu masih menanti-nantikan, haraplah bukan satu janji yang dicapati.

Di samping itu, di bawah perkara yang sama, adakah peruntukkan tersebut disedia untuk membina 2 buah Persimpangan Bertingkat dan Jejambat seperti dijanjikan. Baru – baru ini juga, dalam Sidang ADUN, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, YB Tan Sri Pairin Kitingan mengumumkan dan berjanji bahawa peruntukan RM 140 juta bagi projek tersebut sedia ada di Kerajaan Persekutuan dan boleh bermula pembinaannya bila – bila masa. Saya khuatir peruntukan tersebut kemungkinannya tidak berupaya untuk membina persimpangan bertingkat di Kota Kinabalu, supaya menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kota Kinabalu.

Saya ingin mengesa kerajaan persekutuan meningkatkan peruntukan kepada negeri Sabah. Menurut Sabah Development Corridor Blueprint, dengan izin, “At present the major towns of Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu Tawau dan Keningau are not well inter – connected when compared to the road netwoek in Peninsula Malaysia. This is supported by the fact that there is a lower standard highway road that links distant towns like Sandakan, Tawau, Lahad Datu and Semporna with Kota Kinabalu.”

Sedangkan rakyat Sabah sudah meminta satu Lebuhjaya yang menyambung major towns, dengan izin, di Sabah bertahun – tahun, namun demikian, sehingga kini, Sabah masih belum ada satu Lebuhraya seperti terdapat di Semenanjung Malaysia, dari Utara ke Selatan, dari Timur ke Barat pun dilengkapkan dengan Lebuhraya. Jangan bilang Lebuhraya, jalanraya di Sabah pun selalu rosak dan berlubang. Oleh itu, saya harap kerajaan memegang prinsip keadilan dan konsep equal partner kepada Sabah dan Sarawak. Saya bercadang kerajaan memberi peruntukan untuk membina Lebuhraya bersambung bandar - bandar di negeri Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu.

Dalam bajet ini, saya langsung tidak nampak usaha dari kerajaan untuk menambah baik mutu jalanraya dan membina lebih banyak jalanraya di negeri Sabah. Berbanding dengan peruntukan kementerian kepada Semenanjung dan Sabah, kita boleh nampaklah Sabah tidak diambil berat di peringkat pembinaan jalanraya. Bukankah Barisan Nasional diselamatkan dalam PRU13 ini oleh sokongan pengundi – pengundi Sabah dan Sarawak? Inikah cara BN membalas jasa baik rakyat Sabah dan Sarawak? Ini menunjukkan peruntukkan antara Sabah dan Semenanjung adalah tidak adil memandangkan Infrastruktur di negeri Sabah masih banyak berkurangan.

Kesimpulannya, saya yakin bahawa rakyat Sabah tetap sangat kecewa terhadap Bajet ini. Saya berasa sedih kerana inilah cara Sabah dilayan oleh BN, walaupun Sabah dan Sarawak merupakan Rakan Kongsi yang Sama, atau Equal Partner, dalam Malaysia. Peruntukan bagi Sabah dan Semenanjung adalah amat tidak seimbang dan oleh sebab itu, saya tidak sokong.

Sekian, terima kasih

Yang benar

(YB Stephen Wong Tien Fatt)
Ahli Parlimen  P.186 Sandakan