Wednesday 20 November 2013

KES BUNUH SUAMI ISTERI POLIS BERJAYA BERKAS SUSPEK..HAMZA



Rabu...November 20, 2013
Written by Admin

Oleh Charles P Andiang

KOTA KINABALU:- Kes  pembunuhan   pasangan suami isteri di sebuah kilang memproses ikan di Penampang 8 Nov lalu pihak Polis berjaya selesaikan kes ini apabila memberkas suspek tersebut di Sepitang  ahad lalu

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata lelaki warga asing berumur 21 tahun dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu diberkas di perumahan setinggan dalam kawasan pembinaan Sabah Ammonia Urea Project (SAMUR) di Kg Long Kenangan, Sipitang, kira-kira 2.40 petang.
Katanya hasil penangkapan itu membawa kepada penemuan beberapa barang kes termasuk dua unit telefon bimbit dipercayai milik mangsa bunuh.
“Motif pembunuhan adalah rompakan. Suspek terdesak memerlukan wang untuk majlis perkahwinannya. Suspek juga mengaku mengambil wang tunai sebanyak RM800 dan dua telefon bimbit milik kedua-dua mangsa dari dalam bilik kedua-dua mangsa ditemui mati,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada peserta Kembara Bermotosikal “Crime Awareness Day” 2013 di sini hari ini.
Hamza berkata suspek ditahan reman sehingga 24 Nov untuk siasatan.
Pada 8 Nov lalu, Chen Ching Woei, 42, dan isterinya Chang Ling Ling, 44, masing-masing dijumpai terbaring di atas katil dan lantai dengan kesan luka di bahagian kanan kepala, dipercayai dipukul menggunakan benda keras.
Chen merupakan pemandu lori di kilang berkenaan manakala isterinya ialah kerani di sebuah syarikat berhampiran kilang ikan itu.

No comments:

Post a Comment