Tuesday...19 November 2013
Write by Admin
OLEH: AZMI AZMAN
SANDAKAN:- Seorang
pengamal media alam maya Basith NC Hj Othman
(gambar) menyambut baik
kemunculan Free Sandakan Today Blogspot
khusus bagi menggantikan Portal
Online Sabahkini.Net yang tidak lagi beroperasi sejak Julai lalu.
Katanya
kewujudan Free Sandakan Today ia merupakan media portal sebagai wadah keperluan masyarakat bagi
menyampaikan segala hasrat dan
suara-suara mengenai pelbagai perkara dan masalah disekeliling.
“Saya
melihat dari segi penyampaian berita-berita yang tersiar di Free Sandakan
Today tidak jauh bezanya dengan penerbitan Sabahkini.Net, kebanyakan
berita-berita yang tersiar saban hari condong kepada cerita politik semasa,
ekonomi, masyarakat, gosep-gosep artis dan sebagainya.
“Dalam
konteks ini saya berterus terang Free Sandakan Today atau ringkasnya (FST)
tidak berat sebelah ia merupakan berita
neutral and Flexible sama seperti
penerbitan Sabahkini. Net yang menyiarkan semua berita-berita panas dan sensasi”
ujar Basith.
Beliau juga
di fahamkan kewujudan Free Sandakan
Today di negeri ini para pengamal media
alam maya yang mengikuti perkembangan
FST sudah mencecah 6,666 ini termasuk
jumlah pembaca seluruh Sabah, Sarawak
dan Semenanjung dalam tempoh hampir dua bulan.
“Mudah-mudahan
Free Sandakan Today operasinya berjalan lancar
kami sebagai pembaca setia kepada portal ini akan sentiasa menyokong usaha murni untuk kepentingan wadah suara
rakyat di negara ini khususnya di Sabah amnya di Sandakan tambahan lagi dengan
gandingan seorang wartawan veteran yang
tidak asing lagi sebagai pelupor ”
tambahnya.
No comments:
Post a Comment