Saturday, 30 November 2013

IBUBAPA DISARAN BERIKAN DIDIKAN AGAMA YANG SEMPORNA ANAK-ANAK MEREKA.....NORAINI SULONG




Written By Admin
Sabtu November 30,2013

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN:- Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan Noraini Sulong  merangkap Pengerusi Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM daerah Sandakan  menyarankan kepada ibubapa agar  prihatin  dan setiasa mengambil berat terhadap perkembangan anak-anak terutamanya dalam penguasaan ilmu.
Kita sebagai Ibubapa telah dipertanggungjawabkan terhadap anak-anak yang perlu diberikan didikan  Agama yang semporna  kerana  kita akur dalam kemajuan era globalisasi dunia   yang semakin mencabar ini.
Noraini berkata demikian ketika berucap merasmikan  Majlis  Khatam Al- Quran dan Berkhatan Terbuka Murid-Murid KAFA  anjuran KAFA Daerah Sandakan 1 2013  yang dilansungkan di Dewan Serbaguna Masjid daerah Sandakan di sini pagi tadi.

Kata Noraini lagi prndidikan Islam  lah saja yang boleh dijadikan panduan  dan keimanan  kepada Allah bila mereka dewasa nanti mereka akan menjadi orang-orang yang bertaqwah kepada Allah.
“Tanpa pendidikan  Agama yang yang sempuna lantas anak-anak kita  nanti mudah terjerumus untuk melakukan perkara-perkara  yang mungkar dari itu. Mariah kita sama-sama mendidik ana-anak kita ke arah kecemerlangan utuk dunia dan juga akhirat. Ujarnya.
Dalam konteks ini  tambah Noraini sesiapa saja tidak dapat menafikan  pada dewasa ini kita sering dipertontonkan  dengan pelbagai gejala kerosakan sosial  akhlak yang melibatkan anak-anak kita, kesedihan ini amat terasa kerana membabitkan sebilangan besar generasi anak-anak orang  Islam.

“Dengan adanya majlis seumpama ini  dapat memupuk  minat anak-anak untuk mencintai Al-Quran  dan menghayati  cara hidup  yang amat bermakna .
Dikesempatan ini saya ingin merayu dan mengajak kepada ibubapa  agar berusaha  menghantar anak-anak mereka  ke Kelas KAFA di kawasan masing-masing semoga mereka  mendapat pendidikan  Agama yang betul bukannya belajar hanya sekadar ikut-ikutan sahaja” tegasnya.
Seramai 87 kanak-kanak yang akan dikhatan  antara umur 9 tahun hingga 12 tahun sementara 216 orang kanak-kanak  yang lain dan membabitkan lelaki dan perempuan telah menyertai Majlis Khatam Al Quran.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ustaz Hj Paijo Hj Sarjono Pembantu  Hal Ehwal Islam Malaysia merangkap Penyelia KAFA  Sandakan 1 dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Puan Rahimah Asrah
Sebagai menyerikan suasana majlis tersebut para hadirin telah dihiburkan oleh dua persemahan nasyid dan sarahan Agama

No comments:

Post a Comment