Wednesday 27 November 2013

GARA-GARA LAJIM JADI PEMIMPIN NO 1 PKR SABAH RAMAI AHLI PKR KELUAR PARTI MENYERTAI BN



Written By Admin
Rabu 27 November 2013 -6.15 am

OLEH: FRANCIS JOANIS BUNGKOI
KUALA LUMPUR: Ekoran perlantikan Datuk Hj Lakim Hj Okin  sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti KeADILan (PKR)  Sabah oleh pucuk pimpinan pusat khususnya Ketua Umum Parti KeADILan (PKR) Pusat DaTuk Seri Anwar Ibrahim bagi menggantikan Mohd Tambrin Hj Jaini atas sebab-sebab kesihatan kepimpinan PKR di Sabah semakin hari semakin kucar kacir jadinya.
Sebenarnya ramai pemimpin PKR di Sabah khususnya dari suku kaum Kadazan Dusun dan Murut (KDM) termasuk lain-lain suku tidak bersetuju bila mana pucuk pimpinan PKR Pusat melantik Lajim sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR tanpa meminta restu  dan pandangan terlebih dahulu daripada ahli-ahli Cabang, Ranting dan ahli akar umbi.
Mulai dari situlah krisis dan kemelut dalam parti mula bergelolak dan ramai para pemimpin cabang daripada beberapa kawasan  marah dan telah hilangan keyakinan terhadap pucuk pimpinan negeri.
Wartawan Free Sandakan Today telah difahamkan oleh ahli-ahli PKR sama ada di kawasan pantai Timur dan pantai Barat ekoran dua  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong iaitu Jelani Hamdan  dan ADUN Kadamaian  Jeremy  Malajad yang mengisytiharkan keluar parti pada 4 November lalu.

Rentetan daripada fenomena tersebut telah disusuli pula seramai  pemimpin 11 cabang PKR Sabah mengambil keputusan untuk keluar parti pada Selasa dan menyokong Barisan Nasional (BN).
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang media di sini berkata mereka mengambil keputusan itu kerana sudah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR dan memberi kepercayaan kepada kepimpinan BN di peringkat nasional dan negeri.
Beliau berkata gelombang kedua akan berlaku tidak lama lagi apabila banyak lagi pemimpin PKR Sabah akan keluar parti dan menyokong BN.
"Dengan apa yang sudah berlaku dan akan berlaku bererti bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya parti BN semakin kuat, semakin utuh dan semakin mendapat kepercayaan rakyat Sabah," katanya.
Mereka yang hadir pada sidang media itu ialah Akhmain Sabtu (Ketua Cabang PKR Kudat), Anthony Mandiau (Ketua Cabang Kota Marudu), Juhani Abd Halim (Ketua Cabang Silam), Mohd Jun (Ketua Cabang Kalabakan), Mustapha Tambuyung (Ketua Cabang Kinabatangan), Lokman Ureh (Ketua Cabang Semporna), Timothy Lim (Ketua Cabang Sepanggar), Apandy Sipin (Ketua Cabang Pensiangan) dan Aris Remigius (Ketua Cabang Batu Sapi), Angki Addek (Timbalan Ketua Cabang Kota Marudu) dan Soloh Yuna (Ketua Penerangan Kota Belud).
Hanya wakil Beluran tidak hadir.
Najib berkata turut sama mengisytiharkan keluar parti pada hari ini ialah bekas anggota Parlimen Bandau Henry Madatang dan calon PKR Parlimen Papar pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Jomi Kamadan.
Beliau telah dimaklumkan banyak lagi dalam kalangan penyokong pemimpin-pemimpin PKR itu akan turut serta keluar parti dan memberi sokongan kepada BN.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada mereka atas keyakinan untuk mengalih sokongan kepada BN dan ini menggambarkan usaha kita untuk melakukan perubahan dan transformasi kepada negara khususnya Sabah, mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka.
"Mudah-mudahan dengan ini BN akan dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat Sabah," katanya.
Najib berkata tindakan mereka keluar parti tidak sekali-kali dipengaruhi BN.
"Tak mungkin, sebab mereka sudah hilang kepercayaan (kepada parti PKR), itu pokoknya," katanya. Ditanya sama ada PKR akan terus lumpuh dengan perkembangan itu, beliau berkata PKR akan cuba mengumpulkan semula kepimpinan parti itu di Sabah tetapi kekuatan sebenar parti terletak kepada pemimpin yang keluar PKR pada Selasa dan mereka yang bakal keluar parti
Menurut beberapa pandangan ahli-ahli politik Sabah kalau merekapun memang tidak suka dengan Lajim sebagai pemimpin nombor 1 di Sabah banyak cara lain adakan undi tidak percaya gulingkan dia (Lajim) dan  bukannya lari atau keluar parti ini namanya tiada pendirian lagipun keluar dari PKR kemudian menyertai BN untuk apa.
Dulu pernah maki-maki hamun hina caci-caci para pemimpin UMNO/BN sekarang pula kenapa masuk lagi  BN barang sudah diludah kenapa dijilat balik.
Sebenarnya kemasukan mereka beramai-ramai ke BN sudah pastinya jadi bahan ejekan dan olokan orang-orang UMNO/BN lainnya tidak senang hati sebab ramai yang datang jadi pengemis di BN/UMNO” jelas seorang ahli PKR Cabang Tambunan  David Sungiok Paliung
Kita lihat saja  tambah Sungiok tidak sampai tiga bulan kalau mereka ini tidak dapat apa-apa dari kerajaan BN sudah tentu mereka keluar lagi meninggal BN orang jenis macam mereka ini perangai tak bagus yang paling baik mereka ini dibuang ke Pulau Tanjung Labian atau Pulau Tanduo biar di ganyang oleh orang-orang  saki baki  Jamalul Kiram.



No comments:

Post a Comment