Friday, 29 November 2013

BERCINTA TAK SEMESTINYA KAHWIN KATA JOHAN AS"ARI YANG SEMAKIN RAPAT DENGAN LANA NORDIN



Written by Admin
Jumaat 29 November 2013. (Gosip-Gosip Artis)

OLEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE

SHAH ALAM:- Dalam perjalanan  pejabat FINAS Wartawan Hiburan Free Sandakan Today  bertemu beberapa artis sempat bertanya mengenai gossip-gosip artis salah seorang dari mereka menceritakan sedikit sebanyk  tentang kisah  sepasang artis yang kini sedang hangat jadi bualan dan gossip kepada para peminat seni tanah air.

Artis yang dikatakan itu  ialah Johan As’ari dan Lana Nordin adalah 2 nama yang sedang hangat menjadi sebutan sekarang. Banyak spekulasi yang dikeluarkan oleh para pengikut dunia hiburan mengenai punca Johan jatuh hati terhadap Lana hingga sanggup mengenepikan Shila Amzah. Dari segi fizikal, memang Lana menang besar, dan dari segi hati, hanya Johan sahaja yang tahu perbezaannya.

Walaupun dikatakan akan berkahwin dalam masa terdekat ini, Johan As’ari masih mengambil pendekatan berhati-hati apabila bercakap mengenai cinta barunya. Satu langkah yang bijak bagi  Selagi belum ada ikatan sah menerusi pernikahan, lebih baik jangan cakap banyak sangat. Kata Johan kepada  Free Sandakan Today ketika dihubungi malam tadi.

Saya bukan tak nak jawab telefon, tetapi sejak semalam saya sibuk dengan Anugerah Skrin yang akan berlangsung pada malam ini. Apa yang boleh saya katakan selagi kami belum bernikah, lana belum tentu jodoh saya.

Untuk bertunang pula, saya belum boleh beritahu lagi. Tunggulah ‘green light’ daripada keluarga. Paling penting petunjuk Allah kerana jodoh adalah rahsia daripada-Nya. Tambahan pula, sudah tiba masanya ‘timba dah cari perigi.”


Walaupun mendirikan masjid adalah satu perkara yang baik, namun keputusan yang diambil hanya selepas 3 hari berjumpa adalah agak tergesa-gesa pada pandangan Kak Salmah  Mungkin

Johan perlu rileks dulu, tarik nafas, minta petunjuk dariNya dan fikir sedalam mungkin. Kahwin bukan sehari dua tetapi untuk selamanya. Namun kalau memang dah betul Lana Nordin pilihan hati, apa salahnya kan? Yang penting kebahagiaan menjadi milik Johan. Tak gitu?


No comments:

Post a Comment