Tuesday 19 November 2013

Insiden di Pulau Pom Pom tidak halang Esscom dan Esszone dilaksana..Hishamuddin

By Admin

Selasa November 19,2013

PELABUHAN KLANG: Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau yakin pembunuhan seorang lelaki Taiwan dan penculikan isterinya di Pulau Pom Pom di luar pantai Sabah tidak akan menghalang langkah kerajaan melaksana ESSCOM dan ESSZONE.
ESSCOM, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah, bertujuan menentang keganasan seperti pencerobohan pengganas dari Selatan Filipina di Lahad Datu Februari lepas, yang ancamannya lebih besar daripada insiden terpencil, kata Hishammuddin (gambar).
Beliau yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan menegaskan demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran empat kren bagan baru Northport (Malaysia) Bhd di sini semalam.
Menteri itu diminta mengulas mengenai insiden tersebut Jumaat lepas yang berlaku di Zon Keselamatan Bahagian Timur Sabah (ESSZONE).
Insiden di Semporna itu, kata Hishammuddin, ditangani oleh polis, dan tentera akan bekerjasama rapat dengan mereka.
Selain itu, katanya, kawasasn di bawah ESSZONE melibatkan jaluran pantai Timur Sabah sepanjang 1,400 km adalah rumit dipantau oleh ESSCOM oleh kerana ia melibatkan tiga zon berbeza, perairan antarabangsa, perairan Malaysia dan kawasan pantai.
Penubuhan ESSCOM diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Mac lepas semasa lawatan pertamanya ke Lahad Datu semasa Ops Daulat bagi menghapus pengganas Sulu dari daerah itu.
ESSCOM yang dipimpin oleh Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek, adalah sebuah agensi penguatkuasa dalam kawasan ESSZONE yang termasuk 10 daerah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan. BI

No comments:

Post a Comment