Wednesday 20 November 2013

ISTERI PENJUAL KOMPUTER DITIKAM DI DADA DALAM KEJADIAN RAMPOK

Rabu 20 November 2013
Writtwn by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI




TAWAU:- Mangsa yang ditikam di dada oleh dua orang perompak yang menggunakan senjata tajam  selepas  menyamun telefon binbitnya di hadapan primes perniagaan suaminya telah dikenal pasti  isteri kepada seorang peniaga computer di sini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam kejadian jam 6.25 petang di bandar Fajar itu, kedua-dua suspek yang memakai helmet memasuki premis berkenaan dan terus mengambil telefon bimbit milik mangsa yang terletak di atas meja sebelum cuba melarikan diri.
“Sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu melarikan diri, mangsa terus mengejar sambil berteriak meminta tolong. Seorang daripada suspek berpatah balik dan terus menikam dada mangsa,” kata dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika kejadian, terdapat empat pelanggan di dalam premis berkenaan dan mangsa yang berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di Taman King Fook kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Awang Besar meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment