Written by Admin
Sabtu November 30, 2013
SURAT KEPADA PENGARANG
PEMBANGUNAN infrastruktur adalah amat penting untuk
negeri Sabah, negeri yang paling miskin di Malaysia. Pada masa kini, selepas 20
tahun pentadbiran yang lemah oleh Kerajaan BN, Sabah masih jauh ketinggalan
dalam pembangunan, khususnya Jalanraya. Ini pun membuktikan pagi ini Ahli
Parlimen Sabah yang duduk sebelah sana pun setuju.
Saya ingin menyentuh perkara di bawah maksud pembangunan 27, di bawah butiran 08 tentang jalanraya peruntukan Sabah, bahawa dalam peruntukkan RM476 juta untuk memulihkan dan naik taraf jalan. Saya minta Menteri untuk mempecahkan peruntukan tersebut diperuntukan berdasarkan projek.
Saya ingin membaca sedikit informasi tambahan dan latar belakang untuk makluman Dewan yang Mulia ini. Merujuk kepada Dokumen Korridor Pembangunan Sabah, Sabah mempunyai 1,428km jalan persekutuan dan 14,249km jalan negeri. Keseluruhannya, hanya 6,094km adalah sealed. Tetapi ada 9,583km adalah gravel and earth roads, dengan izin.
Maksudnya, hanya 38.9% jalan raya di Sabah yang sudah sealed, berbanding dengan 89.4% di Semenanjung Malaysia. Begitulah besar jurangnya, di antara Sabah dan Semenanjung.
Tetapi malangnya, dalam Bajet ini, jumlah peruntukkan untuk Sabah hanya lah RM476 juta, manakala RM2.836 billion telah diperuntukkan kepada Semenanjung Malaysia. Selain daripada itu, berbanding dengan tahun 2013, peruntukkan untuk Sabah telah dikurangkan! Sabah dapat RM548 juta pada tahun 2013, tapi tahun 2014, dikurangkan sebanyak 13%! Sarawak teruk lagi dikurangkan, daripada RM303 juta ke RM217 juta sahaja. Tetapi pada waktu yang sama, peruntukkan untuk Semenanjung Malaysia telah ditingkatkan sekurang – kurangnya RM900 juta, iaitu 47%, daripada RM1.927 billion ke RM 2.836 billion! Kenapa peruntukan Sabah dikurangkan, tetapi Semenanjung ditambah begitu banyak?
Saya ingin memberitahu Dewan yang Mulia ini, bahawa ada beberapa projek pembinaan jalan raya yang sudah lama dicadangkan untuk Sabah, khasnya Sandakan tetapi sampai hari ini, masih tidak diambil berat oleh Kerajaan Barisan Nasional.
Contohnya, yang pertama, Jalan Libaran Bypass, dari Batu 16 ke 32 Jalan Labuk. Kalau tidak silap, projek ini telah dicadangkan sejak Rancangan Malaysia Ke-8 lagi, tetapi sampai hari ini pun, masih belum dimula. Saya ingin tahu, berapakah yang dicadangkan untuk projek ini dalam Bajet kali ini?

Dalam jawapan kepada saya pada bulan Jun ini,
Menteri memaklumkan kepada saya bahawa jalan ini akan dimula dengan 4 pakej.
Pakej pertama akan ditender pada bulan September ini.
Pada minggu yang lepas, Menteri sudah berjawab soalan yang berkenaan dalam penggulungan bajet di peringkat dasar bahawa tender itu akan dijalankan bulan ini, walaupun dah bulan November dan akan melaksanakan dengan Rolling Plan. Saya juga berasa kecewa mengapakah projek ini telah dicadangkan dalam Rancangan Malaysia ke-8 maka masih sekarang, masih di dalam Rolling Plan dan tunggu sampai sekarang. Adakah projek ini akan terus rolling sampai Rancangan Malaysia ke-20? Rolling sampai bila? Saya harap janji tersebut bukan janji kosong dan rakyat di Sandakan masih menanti-nantikan. Saya harap Menteri boleh bertimbang bahawa projek ini akan dimulai sekarang dan diberi peruntukan yang tetap dan mencukupi untuk kesejahteraan rakyat di Sandakan dan negeri Sabah.
Contoh yang kedua, projek perluasan dan naik taraf Jalan Labuk dari Batu 8 ke 16, di Daerah Sandakan. Untuk makluman dewan ini, projek ini sepatutnya telah disiap bina pada 27hb April 2012, manakala projek ini telah ditangguhkan ke bulan Oktober 2013 dan baru – baru ini diberitahu projek tersebut akan ditangguhkan ke bulan April tahun 2015. Saya minta penjelasan dari kementerian apakah jumlah peruntukkan untuk projek ini? Adakah projek tersebut diperuntukkan di bawah perkara yang sama seperti tadi yang saya hujah? Saya berharap projek ini boleh disiapkan pada tarikh yang ditetapkan dan tidak ditangguh – tangguhkan lagi.
Yang ketiga, mengenai projek naiktaraf dan pemulihan Jalan Batu Sapi, fasa 1, 3.5km dengan kos RM 24juta di Batu Sapi. Walaupun projek itu baru disiapkan, dan saya diberitahu bahawa projek ini belum dapat Certificate Completion, dengan izin, tetapi jalan ini sudah rosak dengan begitu teruk. Saya dimaklumkan bahawa projek ini akan ditender semula. Oleh yang demikian, apakah jumlah peruntukkan untuk projek yang retender ini? Saya mendapati projek ini adalah di bawah kewajipan kerajaan negeri dan diperuntukkan dari kerajaan persekutuan. Saya ingin tahu apakah status projek ini. Sila beri penjelasan bahawa kontraktor yang gagal melaksanakan projek yang diamanahkan sama ada akan bayar balik RM 24juta yang telah diguna?
Yang ke-empat, mengenai projek pembinaan Jalan Pintas Sandakan (Southern Ring Road) sepanjang 7.05 km. Projek ini telah dijanjikan oleh Barisan Nasional lapan belas tahun lepas. Penduduk di Sandakan sudah tunggu selama 18 tahun. Rakyat Sandakan berasa amat kecewa dan marah kerana janji tersebut langsung tidak ditepati.

Untuk makluman Dewan yang Mulia ini, projek
Jalan Pintas Sandakan fasa pertama telah disiap bina sejak 10 tahun yang lalu,
manakala pembinaan fasa kedua masih belum bermulai memandangkan projek ini
sepatutnya disiap bina 10 tahun yang lalu.
Juga merujuk bekas Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, YB Datuk Tan Shu Kiat, pada 30hb July 2008, beliau telah mengumumkan bahawa Jalan Pintas Fasa 2 diberi peruntukan sebanyak RM 194 juta. Pembinaan tersebut akan bermula sedekat masa dan jangka akan mengambil masa 2 tahun. Oleh itu, projek ini sepatutnya telah disiap bina pada tahun 2011.
Dalam perkara ini, adakah ini merupakan satu penipuan daripada Kerajaan Barisan Nasional dan haraplah kerajaan boleh memulakan pembinaan tersebut secepat mungkin. Walaupun sudah lepas 20 tahun, janji itu masih menanti-nantikan, haraplah bukan satu janji yang dicapati.
Di samping itu, di bawah perkara yang sama, adakah peruntukkan tersebut disedia untuk membina 2 buah Persimpangan Bertingkat dan Jejambat seperti dijanjikan. Baru – baru ini juga, dalam Sidang ADUN, Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, YB Tan Sri Pairin Kitingan mengumumkan dan berjanji bahawa peruntukan RM 140 juta bagi projek tersebut sedia ada di Kerajaan Persekutuan dan boleh bermula pembinaannya bila – bila masa. Saya khuatir peruntukan tersebut kemungkinannya tidak berupaya untuk membina persimpangan bertingkat di Kota Kinabalu, supaya menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Kota Kinabalu.
Saya ingin mengesa kerajaan persekutuan meningkatkan peruntukan kepada negeri Sabah. Menurut Sabah Development Corridor Blueprint, dengan izin, “At present the major towns of Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu Tawau dan Keningau are not well inter – connected when compared to the road netwoek in Peninsula Malaysia. This is supported by the fact that there is a lower standard highway road that links distant towns like Sandakan, Tawau, Lahad Datu and Semporna with Kota Kinabalu.”
Sedangkan rakyat Sabah sudah meminta satu Lebuhjaya yang menyambung major towns, dengan izin, di Sabah bertahun – tahun, namun demikian, sehingga kini, Sabah masih belum ada satu Lebuhraya seperti terdapat di Semenanjung Malaysia, dari Utara ke Selatan, dari Timur ke Barat pun dilengkapkan dengan Lebuhraya. Jangan bilang Lebuhraya, jalanraya di Sabah pun selalu rosak dan berlubang. Oleh itu, saya harap kerajaan memegang prinsip keadilan dan konsep equal partner kepada Sabah dan Sarawak. Saya bercadang kerajaan memberi peruntukan untuk membina Lebuhraya bersambung bandar - bandar di negeri Sabah seperti Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna dan Kota Kinabalu.
Dalam bajet ini, saya langsung tidak nampak usaha dari kerajaan untuk menambah baik mutu jalanraya dan membina lebih banyak jalanraya di negeri Sabah. Berbanding dengan peruntukan kementerian kepada Semenanjung dan Sabah, kita boleh nampaklah Sabah tidak diambil berat di peringkat pembinaan jalanraya. Bukankah Barisan Nasional diselamatkan dalam PRU13 ini oleh sokongan pengundi – pengundi Sabah dan Sarawak? Inikah cara BN membalas jasa baik rakyat Sabah dan Sarawak? Ini menunjukkan peruntukkan antara Sabah dan Semenanjung adalah tidak adil memandangkan Infrastruktur di negeri Sabah masih banyak berkurangan.
Kesimpulannya, saya yakin bahawa rakyat Sabah tetap sangat kecewa terhadap Bajet ini. Saya berasa sedih kerana inilah cara Sabah dilayan oleh BN, walaupun Sabah dan Sarawak merupakan Rakan Kongsi yang Sama, atau Equal Partner, dalam Malaysia. Peruntukan bagi Sabah dan Semenanjung adalah amat tidak seimbang dan oleh sebab itu, saya tidak sokong.
Sekian, terima kasih

Yang benar
(YB
Stephen Wong Tien Fatt)
Ahli
Parlimen P.186 Sandakan
No comments:
Post a Comment