Monday November 25,
2013
Written By Admin
OLEH: CHARLES P
ANDIANG
TANJUNG ARU:- Pantai
Tanjung Aru di Kota Kinabalu adalah
merupakan pantai tempat orang beriadah, bersantai dan berehat khususnya
dihujung-hujung minggu mungkin untuk melepaskan tension atau keletihan dan sambil berkelah bermandi manda bersama
keluarga dan rakan-rakan sepejabat.
Tetapi
malangnya walaupun pantai itu memang dipelihara dipercantikan agar
kelihatan indah mata memandang
ditambah pula udaranya cukup nyaman
menjurus kepada tarikan pelancong dalam dan luar malangnya ada
sesetengah pihak langsung tidak mahu bekerja sama untuk memulihara kecantikan
dan keindahan pantai semula jadi itu malahan membuang sampah sarap ditepi-tepi
pantai berkenaan.
Wartawan
Free Sandakan Today yang berpangkalan di
Kota Kinabalu telah mendapat laporan daripada beberapa orang tempatan yang
mendakwa keadaan suasana pantai Tanjung Aru sekarang semakin kritikel kerana
banyak timbunan dan longgokan sampah sarap bertaburan di sana sini.
Dalam
perkara ini siapa yang harus dipersalahkan
pihak kerajaan khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khasnya Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telahpun berusaha sedaya upaya untuk
menaik taraf pantai tersebut dengan banyak membelanjakan wang ringgit sebagai
peruntukan untuk pembiayaan pantai yang dimaksudkan itu
Dalam
konteks ini kita tidak boleh menyalahkan bulat-bulat kepada PATI mereka sudah
semstinya tidak tahu sivik jadi tabiat mereka membuang sampah semestinya sembarangan
saja walaupun pihak DBKK memasang papan-papan tanda mereka memang langsung
tidak menghiraukan.
No comments:
Post a Comment