Sunday, 24 November 2013

FREE SANDAKAN TODAY SEMAKIN DITERIMA MASYARAKAT PEMBACA SELURUH NEGARA....JUN

Sunday November 24-2013
Written By Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI

KOTA KINABALU:- Dalam tempoh  50 hari perkembangan Free Sandakan Today telah mendapat sambutan yang luar biasa dan jumlah pembaca khususnya mereka yang meminati media alam maya khususnya Free Sandakan Today (SFT) sudah mencecah 8.530

Pengurus Marketing and Publicity Free Sandakan Today Jun Facifico (gambar) berkata perkembangan Free Sandakan Today di kalangan masyarakat bukan saja di Sabah, Sarawak tetapi di Semenanjung  sangat baik kerana mereka juga telah mengikuti dan membaca berita-berita yang tersiar di portal atau blog Free Sandakan Today.

"Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan  Free Sandakan Today bahawa saya akan membuka mini office di Kota Kinabalu untuk memudahkan orang ramai berurusan sama ada untuk membuat berita mahupun ikhlan-ikhlan" ujarnya.

Buat sementara ini tambah Jun lagi Free Sandakan Today mempunyai empat wartawan dua secara sambilan iaitu Charles P Andiang Kota Kinabalu, Faridah Ahmad Tawau, Sandakan ialah  Azmi Azman, Mohd Suffian Ahmad dan Saffies S Jumadi iaitu juru foto bertugas penuh masa.

"Saya mewakili Free Sandakan Today berharap masyarakat  khususnya pengamal  media alam maya terus bersama dengan Free Sandakan Today kehilangan Sabahkini.Net yang tidak lagi beroperasi inilah gantinya Free Sandakian Today sebagai wadah masyarakat untuk menyampaikan segala  suara-suara  dan tangisan rakyat terutama sekali diluar bandar sejajar degan slogan "Membongkar Kemungiaran-Mempertahankan Kebenaran"

No comments:

Post a Comment