Ia masih belum dilaksanakan kerana dana untuk projek itu belum dikeluarkan kerana ia masih dalam proses perancangan.
SHAH ALAM: Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar Elizabeth Wong berkata tidak timbul isu kerajaan negeri membohongi rakyat.
Katanya, projek Hub Pelancongan Sungai Klang yang turut dimasukkan dalam Bajet Selangor 2013 dalam Bajet Selangor 2013 masih belum dilaksanakan kerana dana untuk projek itu belum dikeluarkan kerana ia masih dalam proses perancangan.
Semalam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Datuk Johan Abd Aziz mendakwa projek tersebut tidak wujud dan tidak dilaksanakan walaupun sudah diluluskan. Malah beliau mendakwa kerajaan negeri tidak harus membohongi rakyat sedangkan perancangan dalam bajet tahun 2013 masih belum tercapai.
“Perkara tersebut, itemnya memang ada dalam bajet 2013. Kita biasanya letak RM10 jika projek itu belum dijalankan.
“RM10 ini sebagai satu simbol bahawa projek ini akan dijalankan tetapi bila semua sudah dirancang, sedia untuk diimplimentasi baru dana sebut akan dikeluarkan,” katanya apabila ditemui di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Di samping itu, Elizabeth yang juga merupakan ADUN Bukit Lanjan, menegaskan kerajaan negeri mempunyai statistik penerima sumbangan ataupun baucer program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri.
“Kita memang ada angka (statistik) kerana setiap penerima itu harus menandatangani (apabila menerima baucer). Kita ada program (untuk perkara ini) sepanjang lebih dari dua tahun setengah dan memang ada sasaran (bajet) yang perlu dihabiskan.
“Contohnya, angka-angka yang kita terima semasa mesyuarat Exco kerajaan negeri Selangor menunjukkan mana kasawan-kawasan DUN yang telah menghabiskan (bajet) berapa peratus,” katanya fmt
No comments:
Post a Comment