Thursday 28 November 2013

RAKYAT DI SABAH SAMBUT BAIK WUJUD PORTAL BERITA ESSCOM TIMES....JEFFRY DAN SAIFULLAH



 Thursday November 28,2013 7.10 am
Witten by Admin

OLEH: FARIDAH AHMAD &
SHAIMON S JUMADI

TAWAU:-  Sebilangan besar rakyat di negeri ini  khususnya masyarakat setempat  daerah Tawau menyambut baik dan menyokong usaha pihak kerajaan negeri menwujudkan portal berita ESSCOM TIMES ia menjurus kepada  langkah bijak dalam menangkis pelbagai propaganda dan khabar angin yang dimanipolasi pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan rasa takut dalam kalangan masyarakat khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZON)

Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMIS) Datuk Mohd Jeffry Rosman (gambar) menyatakan kepada Wartawan Free Sandakan Today (FST) malam tadi  beliau turut menyokong usaha kerajaan negeri mengwujudkan Portal yang dimaksudkan  itu dan yakin portal tersebut akan memudahkan rakyat akan dapat mengikuti perkembangan terkini Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (ESSCOM) terutama sekali tentang soal keselamatan di Esszone.

 “Selepas peristiwa berdarah di Tanduo, Lahad Datu pada Februari lepas (2013), ada pihak tertentu yang cuba menyebarkan khabar angin atau berita palsu mengenai ancaman terkini pengganas Sulu seperti yang dilaporkan secara meluas di media sosial.
“Walaupun khabar angin ini tidak betul namun ia sedikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang dan takut dalam kalangan rakyat, keadaan ini juga mungkin boleh menjejaskan industri pelancongan, khususnya di kawasan Pantai Timur Sabah. Sebab itu, kita menyambut pewujudan ESSCOM Times,” ESSCOM TIMES yang boleh dilayari di www.esscom.gov.my dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman yang juga pengerusi Esscom di Sandakan Sabtu lepas, dan ia memuatkan maklumat sahih dan terkini berkaitan Esscom” ujar Jeffry.
Sehubungan itu, Jeffry  mengucapkan tahniah kepada pegawai dan kakitangaan ESSCOM pimpinan Ketua Pengarah Datuk Mohammad Mentek yang telah berusaha gigih bagi merealisasikan pewujudan portal ESSCOM Times.
Beliau berharap portal berita ESSCOM TIMES juga memainkan peranan untuk menonjolkan berita kejayaan industri pelancongan dan ekonomi hasil suasana aman dan damai di kawasan ESSZONE.
Esscom yang merupakan agensi bertanggungjawab untuk menyelaras operasi kesemua agensi penguatkuasaan, keselamatan dan pertahanan di Esszone ditubuhkan pada 1 April lepas dan dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Lahad Datu pada 13 April.
Sementara Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 Mohd Saifullah Minggu (gambar) turut menyambut baik kewujudan portal News Essco Times kerana ini merupakan satu program yang baik untuk rakyat terutama sekali penduduk Semporna yang sering dihantui oleh ketakutan macam-macam berita angin yang disebarkan oleh segelintir orang yang kurang bertanggungjawab. 
“Kami sebagai Pemuda UMNO Semporna mengucapkan syabas kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Hj Aman  atas langkah dan usahanya melancarkan program Portal Berita  Esscom Times yang akan membawa kebaikan rakyat di negeri ini” kata Saifullah

No comments:

Post a Comment