Sunday 24 November 2013

Hadi nafi pemimpin PAS gila jawatan

By Admin.....Sunday  November 24, 2013
Pemimpin PAS tidak pernah meminta jawatan sebaliknya ia datang daripada desakan akar umbi yang mahu seseorang itu memegang jawatan.
 






OLEH JAMILAH KAMARUDDIN
SHAH ALAM: PAS menepis dakwaan ada dalam kalangan pemimpinnya gila kuasa apabila memegang jawatan penting lebih daripada satu sehingga hilang fokus dan menjejaskan parti.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemimpin PAS tidak pernah meminta jawatan sebaliknya ia datang daripada desakan akar umbi yang mahu seseorang itu memegang jawatan.
“Kita mengalami masalah apabila ahli kita yang cadangkan pemimpin itu pegang banyak jawatan.
“Contohnya (Datuk Nik Aziz (Nik Mat), ada desakan umum rakyat Kelantan serta ahli Majlis Syura dan Ulamak yang mahu beliau terus jadi Menteri Besar dan Pesuruhjaya Negeri.
“Kita tahu dia uzur tetapi atas desakan umum beliau terus jadi Menteri Besar.
“Bila kita lihat kesihatannya semakin tidak mengizinkan kita turunkan dan ringankan jawatan dia pegang Mursyidul Am PAS sahaja.
“Biar dia rehat dulu dan tengok kesesuaian (lantik semula ) dari semasa ke semasa,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata sedemikian dalam respon kepada ucapan perwakilan Muktamar yang menuntut satu doktrin pengasingan kuasa antara PAS Pusat dan negeri supaya pemimpin yang dilantik dapat fokus kepada tugas masing-masing.
Hadi pegang dua jawatan
Perwakilan daripada Johor Firdaus Masood berkata, perkara itu dapat dilihat semasa Hadi memegang jawatan sebagai Presiden parti dan pada masa menjadi ketua eksekutif negeri sebagai Menteri Besar di Terengganu.
Firdaus mendakwa, disebabkan itu Hadi hilang fokus dan menyebabkan Terengganu jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya  Umum (PRU12) pada tahun 2008.
“Di Terengganu, semasa Hadi jadi Menteri Besar dia juga jadi Presiden PAS, dia juga lah jadi Pesuruhjaya PAS negeri.
“Sebab terlalu banyak jawatan bertindih PAS tumbang di Terengganu,” katanya.
Mengulas lanjut, Hadi bagaimanapun meyokong teguran itu dan berkata orang yang memegang jawatan penting dalam negeri tidak semestinya memegang jawatan dalam parti.
Sementara itu, Hadi berkata PAS akan menyerahkan kepada keputusan Majlis Pakatan Rakyat menentukan siapa yang patut menjadi Pengerusi dan memimpin PR.
“PAS ada hak tapi bukan untuk hak (untuk lantik diri) sendiri. Perlu bincang secara dalaman dengan Pakatan Rakyat,” katanya.fmt






No comments:

Post a Comment