Wednesday 27 November 2013

PERKAHWINAN ZAIN DAN ROZITA CHE WAN RM13 JUTA JANDA TERMAHAL



Written by Admin
Wednesday 27 November 2013  (Gosip Artis)

OLEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE

KUALA LUMPUR:- Wartawan Hiburan Free Sandakan Today yang berpangkalan di Petaling Jaya sempat mengikuti perkembangan gosip-gosip artis yang akan merungkai sedikit sebanyak tentang latar belakang sepasang artis tempatan.
Kalau sudah suka sama suka untuk mencari pasangan hidup, umur seseorang itu bukanlah jadi ukuran lebih tua kah atau lebih muda bakal isteri atau suami yang penting cinta sejati dan bukannya cinta gombal.
Seperti pelakon Zain Saidin bersyukur kerana hasratnya untuk memperisterikan aktres Rozita Che Wan mendapat restu ibunya, Siti Aishah Abdullah serta ahli keluarga yang lain.

Zain, 29, berkata, walaupun dia tidak memperkenalkan Rozita, 40, secara rasmi kepada ibunya itu tetapi kedua-dua mereka pernah berjumpa dalam sebuah majlis dan telah saling kenal mengenali.

"Kakak saya iaitu Sasha (Elite) juga kenal dengan Rozita dan ada berjumpa ketika majlis resepsi pernikahan Azza dan suaminya tahun lalu selain di beberapa majlis lain. Ahli keluarga semua tiada masalah dengan hubungan kami," jelasnya
Hubungan Zain dan Rozita sudah diperkatakan sejak sekian lama sehinggalah Zain menerusi sebuah akhbar membuka mulut untuk menikahi wanita yang berusia 11 tahun lebih tua daripadanya itu.
Bagaimanapun Zain menepis laporan akhbar Harian Metro pada Selasa yang mendedahkan dia dan Rozita mahu bernikah pada Julai depan kerana pada ketika itu umat Islam sibuk dengan persiapan bulan persiapan bulan Ramadan.

Pelakon itu berkata, dia tetap bertegas dengan keputusannya untuk mendirikan rumah tangga sekurang-kurangnya hujung tahun ini ataupun pada awal tahun hadapan walaupun kedua-dua mereka belum lagi berbincangan mengenai tarikh perkahwinan.
"Seperti yang saya cakap sebelum ini perancangan untuk berkahwin insya-Allah pada penghujung tahun ini namun itu pun terletak kepada keadaan.
"Laporan mengatakan kami bakal berkahwin pada Julai ini tidak benar kerana ketika itu umat Islam sedang menyambut bulan Ramadan dan agak sukar untuk mengadakan majlis perkahwinan" jelasnya.
Dalam pada itu, ditanya mengenai hadiah istimewa yang pernah diberikan kepada Rozita, Zain berkata dia pernah memberikan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu bersempena hari jadi Rozita baru-baru ini.
Free Sandakan Today difahamkan  tarikh majlis perkahwina Janda Termahal itu pada 11 Disember 2013 dengan mendapat tajaan bernilai RM13,000.00 (RM13 juta) ini boleh dimasukan ke Malaysia Of Book Record dan boleh dibuat sejarah.

                                                                             
                         CINTA tak mengenal umur kalau suka sama suka

No comments:

Post a Comment