Saturday..November .23,2013
Written by Admin
OLEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE
PETALING JAYA:- Pesuruhjaya
Kehakiman Rosilah Yop turut mengarahkan Mesyuarat Agung diadakan semula dalam
tempoh dua bulan dari tarikh hari ini yang akan dikendalikan oleh Pertubuhan
Pendaftar (ROS).
Rosilah turut merintah agar kos perbicaraan RM 60,000 dibayar
kepada Seniman dalam tempoh sebulan oleh defendan kedua hingga hingga
kelapan. Kesemua defendan tersebut juga perlu membayar kos ganti rugi khas
RM 56,000 kepada plaintif.
Dalam saman yang difailkan pada 25 Januari lalu, plaintif iaitu
Abu Bakar, Sahlak Sudiran (S. Sahlan), Roslinda Buang (Linda Buang), Mior Ahmad
Zaudi Mior Ali dan Datuk Abdullah Sani (Sonny Abdullah) menamakan Seniman dan
bekas presidennya, Harun Salim Bachik, Omar Kamarudin @ Yusof Kelana dan Wafa
A. Kadir defendan pertama hingga empat.
Zed Zaidi, Elyas Ismail, Syed Ahmad Nahar Syed Mokhtar (Syean)
dan Zaharudin Wahab (Den Wahab) turut disenaraikan sebagai defendan kelima
hingga kelapan.
Pihak defendan diwakili peguam Mohd. Yusni Yussof, Suhaimi Saad dan Zahrin Ishak.
Menurut pernyataan tuntutan, defendan kedua, ketiga dan keempat
merupakan Presiden, Setiausaha, Bendahari Seniman bagi sesi 2009/2012 sementara
defendan kelima ketika itu Pemangku Timbalan Presiden manakala defendan keenam
pula, salah seorang ahli jawatankuasa persatuan. Info as
No comments:
Post a Comment