Saturday 30 November 2013

PERTANYAAN MP (DAP) SANDAKAN MENGENAI JUMLAH KEDUDUKAN SEKOLAH DI SABAH TERJAWAB



Written by Admin
Saturday 30 November 2013

OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
KUALA LUMPUR:- Dalam sesi  soal jawab pada persidangan Parlimen kelmarin Ahli Perlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong (Gambar) bertanya kepada Menteri Pendidikan  mengenai beberapa kah jumlah pelajar dan jumlah peruntukkan pada tahun 2008-2013 oleh Kerajaan untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah di Sabah, mengikut jenis sekolah (SRK, SRJK(C), SRJK(T), SMK, SMJK, Sekolah Agama, Sekolah Missionary, dan lain-lain)? Apakah nisbah peruntukkan itu kepada setiap pelajar mengikut jenis sekolah?
Dalam menjelasan menteri berkenaan  antara lain menyebut jumlah pelajar Sabah pada Tahun 2008 ialah seramai 489 270 orang. Jumlah tersebut meningkat kepada 493481 orang pada tahun 2009 dan 496 795 orang pada tahun 2010. Manakala pada tahun 2011 dan 2012, masing – masing meningkat kepada 499 381 orang dan 502 456 orang.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan kepada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan adalah terdiri daripada peruntukan – peruntukan Belanja Mengurus, Belanja Pembangunan (DE), Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) dan Pakej Rangsangan Khas (PRK) “ Kata menteri itu.
Sambungan menteri berkenaan bagi Negeri Sabah, secara purata peruntukan tahunan Belanja Mengurus dalam tempoh lima tahun (2008 – 2012) yang diperuntukan kepada Sekolah Kebangsaan ialah sebanyak RM 1.24 billion, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina sebanyak RM 100.01 juta, Sekolah Agama Rakyat (SAR) sebanyak RM 78.26 juta dan Sekolah Mubaligh sebanyak RM474.97 juta.
Selain daripada itu, tambahnya  Sekolah Kebangsaan turut menerima peruntukan DE sebanyak RM 28.3 juta, manakala peruntukan bagi PRK 2012 dan 2013 sebanyak RM 174.5 juta.

“Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, sekolah berkenaan telah menerima peruntukan DE sebanyak RM 21.59 juta, PRE sebanyak RM 12.72 juta dan PRK 2012 dan 2013 sebanyak RM 25.8 juta. Sekolah Agama Bantuan Kerajaan pula menerima peruntukan DE sebanyak RM 470 ribu, PRE sebanyak RM 497 ribu dan PRK 2012 dan 2013 sebanyak RM2.4 juta”  Jelasnya
Manakala Sekolah Mubaligh menerima peruntukan DE sebanyak RM 5.5 juta, PRE sebanyak RM 14.2 juta dan PRK 2012 dan 2013 sebanyak RM 57.5 juta.


No comments:

Post a Comment