Friday 22 November 2013

OPS CANTAS POLIS RAMPAS SEPUCUK PISTOL DAN TUJUH BUTIR PELURU HIDUP



Friday...November 22,2013-
Written by Admin
Oleh: Mohd Suffian Ahmad
KOTA KINABALU:- Dalam Operasi Ops Cantas Khas malam kelmarin pihak Polis telah merampas sepucuk pistol  dan serta tujuh (7) butir peluruh hidup yang diperiksa dari sebuah kereta.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pistol berkenaan dijumpai dalam kereta yang dinaiki lima lelaki dalam operasi pada 6 pagi itu di Jalan Lintas.
“Kenderaan itu dinaiki dua warga tempatan dan tiga warga asing yang berumur antara 16 hingga 45 tahun,” katanya kepada media  di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu hari ini.
Beliau berkata polis akan menyiasat tentang senjata yang ditemui dalam kenderaan itu.
Sementara itu, Hamza berkata jumlah methamphetamine (syabu) yang berjaya dirampas sehingga 20 Nov lepas ialah 101,395.24 gram, ganja (696.96 gram), kokain (2,2124.65 gram), ketamin (251.19 gram),ecstacy (327 biji) dan erimin 5 (249 biji).
 

Hamza (kedua dari kiri) dengan pegawai-pegawainya dengan dadah yang dirampas baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment