Friday, 22 November 2013

Sekolah warga asing hangatkan sidang DUN Sabah




  Friday  November 22, 2013  By Admin
Kewujudan sistem pendidikan seperti ini mencipta suasana tidak baik pada masa depan, jika ibu bapa kanak-kanak tersebut memohon dan menjadi warga negara.

 OLEH: MUSLI OLI

KOTA KINABALU:-  Dalam sesi soal jawab salah satu isu menarik yang dibahaskan pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah kelmarin  ialah tentang kewujudan sekolah-sekolah  warga asing di ladang-ladang di seluruh pelusuk negeri itu.
Sekolah swasta tersebut samada dibina pihak pengurusan ladang atau syarikat swasta.
Perkara itu dibangkit, semasa Menteri Pelancongan, Datuk Masidi Manjun  (gambar) yang juga Pengerusi Biro Pendidikan Perhubungan Umno Sabah sedang membuat ucapan penggulungan.
Wakil Rakyat Balung (BN), Datuk Syed Abas Syed Ali bangun mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah tersebut kerana majoriti pekerja ladang adalah warga asing dan anak-anak mereka perlu mendapat pendidikan.
Wakil Rakyat Pantai Manis (BN), Datuk Rahim Ismail menjelaskan kepada wakil FMT, “Jika sekolah-sekolah itu dibina di kawasan ladang, kita boleh terima tetapi persoalannya, dalam koloni mereka atau perkampungan biasa, sekolah seperti itu juga dibina.
Malah beliau mendakwa kanak-kanak memakai baju uniform sekolah merah putih, dan sukatan pelajaran Panca Sila.
Menurutnya lagi, kewujudan sistem pendidikan seperti ini mencipta suasana tidak baik pada masa depan, jika ibu bapa kanak-kanak tersebut memohon dan menjadi warga negara.
FMT sempat minta pandangan Pengarah Pelajaran Sabah, Datuk Jame Alip di ruang legar dewan. Katanya kebenaran yang diberikan bukan sekolah tetapi konsep tuisyen atau Ko-Korikulum.
Kalau benar kata James Alip bahawa mereka diberi kebenaran membuka tuisyen dan bukan sekolah kenapa Jabatan Pelajaran   Sabah tidak mengambil tindakan kepada mereka?
Kita akui anak-anak mereka perlukan pendidikan seperti yang dipertahankan Syed Abas Syed Ali, tetapi kenapa mereka tidak dihantar ke sekolah kerajaan fmt

No comments:

Post a Comment