Monday, 25 November 2013

Syarikat media cetak Sabah disaran buka biro di semenanjun...Abd Rahman

Monday....November 25,2013         Written by Admin
OLEH: CHARLES P ANDIANG

KOTA KINABALU:- Menteri Kesejahteraan Banbar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan (gambar)  menyarankan  syarikat media cetak di Sabah agar menubuhkan biro masing-masing di Semenanjung  bagi meningkatkan peranan terhadap pembangunan dan kemajuan negeri ini .
 Katanya agensi media atau akhbar perlu melakukan transformasi  bagi memastikan isu berkaitan di Sabah  dilaporkan mengikut perspektif negeri ini

“Media Sabah tidak harus bergantung sokongan kepada sumber berita sedia ada seperti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), mereka perlu ada wakil mereka sendiri dalam perspektif Sabah.
“Di Semenanjung kita perlukan akhbar tempatan untuk menempatkan wartawan di Dewan Rakyat kerana Bernama tidak mampu mengulas isu-isu yang dibangkitkan oleh semua ahli Parlimen
dari Sabah,” katanya pada Majlis Penghargaan Media anjuran kementeriannya, di
sini malam tadi.
Dalam pada itu, Abdul Rahman yang juga anggota Parlimen Kota Belud berkata kementerian menghargai sumbangan dan peranan dimainkan media di Sabah yang lebih terbuka dan mampu menganalisis isu lebih adil.
“Akhbar di Sabah telah menyediakan maklumat berguna kepada rakyat Sabah termasuk ketika krisis pencerobohan Lahad Datu dengan memaparkan berita sahih tentang pengorbanan anggota keselamatan negara,” katanya.
Katanya penyampaian dan penyebaran berita juga perlu dilakukan menerusi laman sosial seperti Facebook atau Twitter.

No comments:

Post a Comment