Sabtu November 2013-11-23
Written by Admin
OLEH: MOHD SUFFIAN AHMAD
SANDAKAN:- Ekoran
hujan berpanjangan dan laut bergelora ombak setinggi 3 hingga 4 meter ramai nelayan
setempat yang menggunakan bot-bot kecil
tidak berani turun kelaut untuk mencari ikan.
Hanya
bot-bot besar sahaja yang berani mengharungi badai dan ombak di tengah lautan
kerana semata-mata mahu mencari ikan sebagai sumber pendapatan untuk menyara
hidup keluarga terutama sekali yang banyak tanggungan.
Seorang
Nelayan tempatan dari Pulau Shanghai
yang dikenali Aplasin Ambai 56 menjelaskan disebabkan kekurangan bekalan ikan dipasaran akibat munsim tengkuju maka harga
ikan yang diual pasar-pasar berhampiran agak mahal berbanding dengan hari-hari biasa.
“Contohnya
ikan kuaci ikan yang tiada nilai tetapi sekarang harganya sekilogram mencecah
RM4.00 ini tidak termasuk ikan kembung,
ikan basung, puput harga sekarang antara
RM6.00 hingga RM8.00”katanya.
Kalau untuk
makan saja kata Aplasin kitapun boleh memancing dari atas jambatan atau
jeti di depan rumah biasa kita boleh dapat ikan pisang-pisang kalau ada nasib
sampai juga tiga kilo hingga 4 kilo.
Kata Aplasin
lagi bukan saja harga ikan mahal harga sayur-sayuran juga di pasar pun turut melambung tinggi dimusim
tengkuju ini
No comments:
Post a Comment