Written By Admin
Wednesday 27 November 2013
OLEH: SHAIMON S JUMADI
Foto SAFFIE S JUMADI
Foto SAFFIE S JUMADI
BELURAN:- Kes
pembicaraan mengenai tanah adat (NCR) di Mahkamah Tinggi Sandakan pendakwaan kini masih lagi berjalan dan belum ada kata putus siapa kalah
dan siapa menang daripada Hakim
Mahkamah.
Pengerusi
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK) yang mewakili seramai 210
orang pemilik tanah adat (NCR) Kampung Mapat-Mapad
Paitan Sugut Somikin bin Gaboat memberi tahu kepada Free Sandakan Today keluasan
tanah tersebut ialah 420 ekar dan
kedudukan tanah tersebut sudah mewakili
lapan generasi sejak dari nenek
moyang mereka tanah yang dimaksudkan
telah diusahakan dengan pelbagai tanaman
seperti getah,pokok buah-buahan termasuk
tanaman kelapa sawit.
“Tanah ini
memang tidak mempunyai geran hanya menggunakan surat keterangan iaitu RSP yang
dikeluarkan Pegawai Daerah (DO) sejak zaman dulu lagi dan perkara ini sudahpun
dilaporkan kepada pihak polis sebanyak
lapan (8) kali dan laporan terakhir dibuat di balai Polis Beluran dengan atas nama
Luking@Luping bin Munkui nombor Mykad 690105-12-6285 nombor polis repot ialah
Beluran:001247/13 bertarikh 13 November 2013 namun tiada sebarang tindakan” Katanya
Katanya lagi
seramai 22 orang pemilik tanah adat tersebut ialah sebagai defenden kepada yang
punya tanah bergeran iaitu Saulin bin Girang sebagai plaintif .
Menurut
Somikin tanah seluas itu yang dipohon
oleh plaintif Saulin telah dikeluarkan geran sebanyak tiga kali pertama tahun 2009
kedua tahun 2012 dan ketiga pada tahun 2013 sebenarnya tanah ini sudah empat
kali dijual dan empat kali juga berpindah tangan
Selain itu
kata Somikin mereka sudah 14 kali
menerima saman dari Mahkamah suruh mereka mengosongkan dan meroboh kan mereka
tetapi mereka engkar dan enggan berpindah walaupun seinci kerana tak itu adalah
tanah adat turun menurun sejak di zaman nenek moyang mereka lagi.
Apa
jadi-jadilah kalau mereka mahu suruh polis tembak seramai 210 orang itu silakan
namun kami sebagai anak jati Sugut keturunan
Sungai dan Rungus tidak akan
berganjak kami tahu nyawa orang sungai
macam kami ini walaupun anak jati
tempatan menang nyawa tidak berharga
mereka suka-suka kalau mahu tembak-tembaklah ” jelas Somikin yang geram bangsa
sungai di Sugut semakin hari hidup kami semakan terhempit kehidupan mereka
langsung tiada pembelaan.
Tambahnya
lagi Mahkmah Tinggi Sandakan sudahpun mengeluarkan perintah kepada syarikat untuk meradu dan
membersihkan kawasan tanah di kampung berkenaan mulai sekarang dan sekiranya ada orang kampung yang buat kacau atau menghalang kepada syarikat tersebut nyawa
mereka pastinya dihujung senapang pihak kerajaan tidak teragak-agak menyuruh
polis menembak satu demi satu orang-orang
kampung berkenaan yang terlibat.
“Sekiranya
tanah kami diradu rumah kami dibakar di mana lagi kami untuk berteduh sedangkan
segala tanaman sawit, buah-buahan dan getah adalah sumber mata pencarian kami
sejak di zaman nenek moyang kami lagi coba banyangkan 210 orang sungai bukan
PATI jadi merempat di tanah dan tumpa dara kelahiran kami.
Sedangkan
orang pendatang pun yang tinggal di negeri ini banyak keistimewaan diberikan
mereka seperti anak emas kerajaan macam-macam bantuan di agihkan, kenapa orang
tempatan terus teriniaya dipinggirkan
tidak mendapat pembelaan langsung daripada para pemimpin kerajaan sama ada ADUN
Sugut mahupun ADR Beluran kesihanlah kami” jelas Somikin degan nada yang sayu
sambil mengalirkan air mata mereka.
“Yang
menyedihkan tanah perkuburan nenek moyang mereka kuburan saudara mara bapa dan
ibu akan diradu begitu saja nampaknya kerajaan sekarang lansung tiada rasa
belaskan kesihan tiada rasa peri kemanusian
lebih baik daripada rejim Israel sejahat-jahat mereka tidak membunuh
kaumnya tetapi kerajaan ini bukti kami bangsa
sungai terus teraniaya tanpa sedikit pembelaan” ujarnya
No comments:
Post a Comment