Friday, 29 November 2013

BERSATU SEMULA PRIBUMIS LEBIH BAIK DARIPADA NIAT CANTAS MENCANTAS ...



Written by Admin
Friday 29  November 2013- 9.30 am

SOROTAN DARI MEJA SUB-EDITOR
SHAIMON S JUMADI

TERDAPAT sesetengah orang menyertai pertubuhan sama ada pertubuhan politik atau pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) 70 peratus mereka bukanlah berjuang  untuk memajukan persatuan mahupun pertubuhan namun ada disebaliknya niat masing-masing.
 Target (Sasaran) utama mereka menyertai satu-satu badan NGO fokus utama ialah mahu menjadi pemimpin nombor satu  sama ada diperingkat Pusat, Daerah mahupun cawangan.
Kononnya kalau jadi pemimpin nombor 1 dalam NGO ada kuasa mutlak boleh buat apa saja yang  ada niat sama ada aktiviti songsang atau sebaliknya.
Free Sandakan Today telah dikhabarkan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah  (PRUBIMIS) sebelah pantai Barat dan di kawasan pedalaman  timbul krisis dan ada niat cantas mencantas antara satu sama lain dan sekaligus akan menggulingkan Presidennya iaitu Datuk Mohd Jeffry Rosman.
Menurut sumbar-sumbar rasmi terdapat  berapa cawangan PRIBUMIS  di sebelah Pantai Barat  yang melibatkan Ahli Majlis Tertingginya (AMT) sudah bersekongkol dan mula  mengatur beberapa strategi bakal menggulingkan Presidennya pada masa terdekat ini.
Mereka buat PRIBUMI ini seperti badan politik umpamanya Parti Rakyat Sabah Bersatu (PBRS) perjuangan PRIBUMI ditubuhkan mempunyai landasan tertentu  sebagai pendekatan ialah memperjuangan  pencabulan hak-hak asasi kaum Pribumi  yang dinodai seperti tanah-tanah adat, pengeluaran sijil-sijil anak negeri kepada orang yang tidak layak dan menjaga dan memelihara  tatatusila adat resam dan mempromosikan seni budaya satu-satu etnik di Sabah di mata dunia luar. 
Free Sandakan Today juga difaham beberapa cawangan PRIBUMI yang telah mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah membelakangan pentabiran urusetia  PRIBUMIS, kemungkinan juga ramai yang menjadi ahli-ahli badan ini tidak membaca sedikit sebanyak Perlembagaan  sebaga undang-undang kecil pertubuhan yang banyak memberi garis panduan dalam satu-satu hal yang perlu dipatuhui oleh setiap ahli PRIBUMI.
Jika mereka memahami apa yang terkandung dalam bab-bab yang terungkai  sudah pastinya ahli-ahli terbabit tidak melanggar segala peratran-peraturan yang telah ditetapkan dalam perlebagaan tersebut.
Kita juga merasa kesal bila mendengar cerita-cerita bahawa beberapa orang AMT yang membabitkan beberapa pengerusi PRIBUMIs yang mahu menjatuhkan Datuk Mohd Jeffry Rosman sebagai Presiden PRIBUMIS.
Mereka ini lupa kah PRIBUMI bukan badan politik seperti PBRS  yang berkonsepkan suka cantas mencantas antara satu sama lain terus terang saja saya katakan PRIBUMI ditubuhkan atas nama Datuk Jeffry Rosman  yang mengusahakan penubuhan  dan sijil pendaftaran daripada ROS (Registration   of Society) dia yang pegang kalau Jeffry sabotaj dan batalkan pertubuhan ini serentak semua PRIBUMI  yang ada di pelusuk Sabah dengan sendirinya terbatal serta merta.
Kalau difikirkan sedalam-dalamnya mereka yang telah dilantik untuk menjawat pelbagai jawatan dalam PRIBUMI seakan akan mereka macam “KACANG LUPAKAN KULIT) sudah lupa segala-galanya.
Sepatutnya ahi-ahli PRIBUMI dari AMT peringkat  daerah sehingga ke akar umbi menggembling tenaga, bekerja sama antara satu sama lain bagi memastikan kejayaan badan ini bukan pula mahu bercakaran niat tidak bagus untuk mengguling kepimpinan yang sedia ada.
Masih  banyak lagi yang perlu diperjuangkan oleh PRIBUMI seperti mempertahankan tanah-tanah adat (NCR) yang diceroboh, pemberian dan pengeluaran Sijil-Sijil Anak Negeri kepada bukan Bumipitera ini yang harus diambil perhatian.
Apapun saya merayu kepada semua ahli-ahli PRIBUMI seluruh Sabah  bersatulah kita semua  dan lupakan segala hasrat dan niat hendak guling mengguling semasa sendiri ini akan melemahkan dan melumpuhkan perjuangan kita yang belum selesai yang masih merangkak  dalam PRIBUMI untuk menegakan hal ehwal kepentingan kaum pribumi di negeri ini.







No comments:

Post a Comment