Friday, 22 November 2013

Muhyiddin Salahguna Kuasa SPRM Ambil Tindakan...Jingga 13

Friday November 22, 2013...By Admin
Ia merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009.

OLEH: ZABIDI SAIDI

PETALING JAYA:- Jingga 13 mendesak SPRM supaya mengambil tindakan tegas terhadap salahlaku guna kuasa yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam meluluskan kebenaran menggunakan jet peribadi kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke Qatar.
Menurut Ketua Koordinatornya, Faris Musa, timbul rasa kurang senang rakyat apabila Rosmah telah menggunakan wang rakyat bagi menaiki jet peribadi yang telah diluluskan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk perjalanan  tersebut yang ternyata adalah bersifat peribadi
“Ia merupakan satu tindakan rasuah salah guna kuasa yang sewajibnya diambil tindakan oleh SPRM di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (ASPRM) 2009 kerana telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai penjawat awam,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.


Katanya lagi, penjelasan Ahli Parlimen Pengerang,Datuk Azalina Othman bahawa Rosmah telah menggunakan jet peribadi bagi menghadiri ke Persidangan Wanita di Qatar bukan di atas kapasiti mewakili kerajaan tetapi merupakan jemputan peribadi.
“Sebagai Timbalan Perdana Menteri,Muhyiddin seharus bertanggungjawab kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Rosmah dijemput menghadiri persidangan tersebut di atas kapisiti peribadi dan bukannya di atas jemputan rasmi mewakili kerajaan Malaysia.
“Sudah pasti wang rakyat cukup banyak digunakan untuk pembiayaan kos jet peribadi tersebut bagi tujuan lawatan peribadi,” katanya.
Tambahnya lagi, SPRM perlu bertindak secara profesional dan adil.
“Tindakan Muhyiddin sewajarnya diambil satu tindakan yang tegas kerana beliau adalah merupakan Timbalan Perdana Menteri dan ianya boleh menjadi satu contoh yang tidak baik kepada kakitangan 
“Sekiranya pihak SPRM tanpa mengambil sebarang tindakan keatas Muhyiddin ini menunjukkan pihak SPRM  benar-benar pilih bulu atau pilih kasih dan takut kepada orang yang berkuasa besar walapun mereka telah berbuat sesuatu yang mungkin menyalahi undang-undang dan kes ini sudah tentu menjadi isu dan senjata politik kepada parti-parti pembangkang untuk menghentam pentadbiran kerajaan BN yang tidak jelas ini”  tegas Faris Musa.


No comments:

Post a Comment