Friday, 29 November 2013

AIR TERJUN LANGKABONG JIKA DIUSAHKAN BERPOTENSI JADI PRODUK INDUSTRI PELANCONGAN



Written by Admin
Friday 29 November 2013- 7.30 am

DARI MEJA SUB EDITOR
SHAIMON S JUMADI
BILA kita membicarakan mengenai alam flora dan Fiona  yang ada hubung kait dengan alam sekitar khusus tentang kewujudan air terjun.
Mengimbas sejenak pada era  tahun 60 an hingga   sekitar  1970 an  Daerah Sandakan paling banyak ujudnya  air terjun semula jadi terdapat di beberapa tempat sebagai tarikan pengunjung antaranya ialah  Bukit  Bendera, Bukit Pasir Putih, Batu 3  Batu 4, Sunny Estate Jalan Sim-Sim. Sibuga dan Sepiluk.
Kerana dengan adanya air terjun di beberapa tempat yang dimaksudkan itu ia merupakan satu tempat riadah dan tempat perkelahan  dan bersantai  di saban hujung minggu.
Pada pertengahan tahun 1980  apabila pebangunan mulai pesat banyak bukit bukau diradu untuk pembinaan projek  perumahan di sinilah mulanya air terjun di beberapa tempat  yang menjadi tumpuan mulai pupus  kalau adapun hanya satu dua tempat saja.
Sekarang orang ramai  yang tinggal dipersekitaran daerah Sandakan agak  sukar untuk menemui air terjun kalaupun ada mungkin di kawasan luar bandar seperti di Telupid, Kuamut dan Sugut.
Penemuan air terjun Tuntunan di Kampung Langkabong dalam daerah Tongod khususnya kawasan DUN Kuamut  merupakan satu rahmat kepada penduduk-penduduk  Kuamut  kerana wujudnya  air terjun semula jadi anugerah  daripada Tuhan  di mana  airnya cukup bersih dan tidak tercemar jika ianya diusahakan dan dimajukan oleh pihak kerajaan sudah pastinya ia mewujudkan satu lagi industri  pelancongan sebagai sebuah destinasi dan penjana ekonomi negeri Sabah.

Ini juga merupakan satu khazanah yang boleh dijadikan pusat peranginan pelancongan   untuk masyarakat setempat dan juga bagi pelacong luar untuk berkunjung ke kawasan ini  dengan adanya pelbagai kemudahan seperti rumah rehat  dan chalet  dirikan  dibeberapa kawasan berhampiran yang stratijek.
Wartawan Free Sandakan Today (SFT) di fahamkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuamut YB Masiung Banah telah  melawat ke kawasan  terjun tersebut baru-baru ini sempena pelancaran TAGAL Progam DUN Kuamut.
Dengan  penglibatan secara tidak langsung Wakil Rakyat Kuamut khususnya YB Masiung Banah semoga beliau  dapat mengambil inisiatif  dalam  memainkan   peranan penting ke arah  memajukan kawasan air terjun tersebut sebagai pusat pelancongan yang tercantik  Sabah.

Kita yakin dengan  terbinanya chalet-chalet  dan sebuah  kantin termasuk rumah rehat di kawasan berhampiran air terjun ia menjurus  memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sebagai sumber pendapatan bulanan
Diharap pihak kerajaan melalui Wakil Rakyatnya  akan terus menjaga dan memulihara keindahan air terjun yang dimaksudkan  yang penting banyakan promosi sebaran am   melalalui ikhlan-ikhlan media cetak, elotronik dan portal online  seperti Portal Free Sandakan Today agar orang ramai termasuk pelancong luar dan dalam mengetahui adanya air terjun di situ.
Apabila mereka tahu  sudah  pastinya mereka  tidak akan putus-putus  berkunjung untuk menikmati  air yang cukup segar  sambil menghirup udara yang cukup nyaman keluar dari celah-celah dedaun rimbunan  pokok-pokok yang subur menghijau  dan seraya  mendengar siulan kicauan  pelbagai jenis burung dan unggas.








AIR TERJUN Langkabong berpotensi jadi pusat peranginan tercantik

No comments:

Post a Comment