Thursday, 21 November 2013

AKTIVITI PEMALSUAN MYKAD DI SABAH PERLU DIPANTAU KETAT ..SAMSUDIN





Thursday 21 November 2013-11-21
Written by Admin
OLEH: SHAIMON S JUMADI

KOTA KINABALU:- Semasa sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini dimaklumkan bahawa operasi besar-besaran harus dilancarkan khususnya bagi mengesan tentang aktiviti pemalsuan Mykad  ekoran kes pembunuhan baru-baru ini secara tidak lansung telah nmengaitkan rakyat di Sabah yang terlibat melakukan kegiatan jenayah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj  Samsudin Yahya (gambar) (BN-Sekong) berkata kes pembunuhan seorang pegawai bank di Subang Jaya bulan lepas yang didakwa dilakukan oleh pengawal keselamatan yang didapati menggunakan MyKad palsu yang dikeluarkan di Sabah telah merosakkan nama baik negeri ini.
“Perkara ini perlu dipandang serius oleh semua pihak memandangkan warga asing ini bukan saja menyamar sebagai warganegara Malaysia, malah diberi kepercayaan mengawal tempat penting dan sensitif seperti bank, pasar raya, gudang-gudang serta logistik bernilai tinggi.
“Masalah ini membabitkan nyawa kita apabila keselamatan dan kedaulatan negara diambil kesempatan oleh penjenayah,” katanya ketika membahaskan Bajet Negeri 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta jabatan berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen supaya memperhebatkan operasi dalam menangani masalah itu.
Samsudin turut menggesa Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Jabatan Tenaga Kerja dan Jabatan Ketua Menteri mengambil perhatian serius mengenai tawaran pekerjaan seperti pengawal keselamatan dan pembantu rumah.
“Status mereka harus disaring terlebih dahulu sebelum diserapkan di mana-mana tempat untuk bekerja,” katanya.
Berhubung isu senjata api, Samsuddin meminta polis supaya mengkaji semula pemberian lesen senjata api kepada orang awam bagi mengelakkan daripada disalahgunakan.
“Sesuai dengan isu-isu berkaitan keselamatan negara dewasa ini seperti kes jenayah, samun, rompak, penculikan, rogol dan pembunuhan, maka saya rasa terpanggil untuk meminta pihak berkuasa, khususnya pihak polis, untuk melakukan tapisan yang lebih ketat dalam memberikan kelulusan lessen senjata api dalam kalangan rakyat biasa,” katanya. 
Katanya pengambilan   orang asing sebagai pengawal keselamatan  yang tidak jelas  latar belakangnya banyak menimbulkan pelbagai implaksi dan risikonnya 










CONTOH MYKAD PALSU

No comments:

Post a Comment