Wednesday...November 20,2013
Written by Admin
Oleh: Charles P Andiang
KOTA KINABALU:-Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib (Gambar) berkata bedah
siasat mayat lelaki warga Taiwan yang ditembak mati sekumpulan lelaki
bersenjata di Pulau Pom Pom, Semporna, Jumaat lalu akan dilaksanakan hari ini di Hospital Tawau
Hamza berkata mayat Hsu Li Min, 57, sudah
dicam anggota keluarganya di Hospital Tawau dan mayatnya akan diserah kepada
anggota keluarganya sebaik sahaja bedah siasat selesai.
“Anggota keluarga mangsa akan tinggal
beberapa hari di sini untuk membantu siasatan kita,” katanya kepada pemberita
selepas menyerahkan sijil kepada peserta Kembara Bermotosikal “Crime Awareness”
2013 di sini hari ini.
Hamza bagaimanapun enggan mengulas lanjut
mengenai perkembangan kes penculikan rakyat Taiwan itu kerana tidak mahu ia
menjejas siasatan namun berkata pihaknya bekerjasama rapat dengan pihak
berkuasa Filipina dalam siasatan kes berkenaan.
Jumaat lalu, Hsu Lin Min dijumpai mati di
dalam sebuah bilik di pulau peranginan Pom Pom dengan dua kesan tembakan di
dadanya manakala teman wanitanya, Chang An Wei, diculik, oleh kumpulan
bersenjata dipercayai anggota Abu Sayyaf.
No comments:
Post a Comment