Friday 29 November 2013

LAJIM NAFI BUKAN 11 ORANG HANYA LAPAN ORANG KETUA CABANG KELUAR PKR...


Friday 29,November 2013

Written by Admin



OLEH: CHARLES P ANDIANG



KOTA KINABALU: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti 

Lajim (gambar) berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.


“Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian,” katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, semalam.


Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.


Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.


Semalam, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN.


Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna.


Bagi saya mereka keluar dari PKR tiada membawa apa-apa kerugian kepada Pakatan Rakyat lagipunpun mereka bukannya orang yang berpengaruh bikin susah saja mereka berada di PKR siapa juga mereka" tegas Lajim.


Katanya ahli-ahli PKR yang telah keluar daripada PKR kerana kecewa mereka  tidak jadi calon pada PRU 13 dulu  coba lihat saja sendainya mereka tidak mendapat lawanan baik daripada UMNO/BN dalam tempoh 5 bulan pastinya mereka keluar juga mereka bukan apa masuk BN adalah niat untuk cari makan dan mendapatkan projek tiada niat lain.

"Orang-orang macam ini UMNO/BN sendiripun tak mahu pakai sebab mereka sudah tahu siapa mereka sebenarnya bila sudah susah perut lapar baru  cari pemimpin UMNO/BN untuk tempat bersandar hidup, mereka ini tiada ciri-ciri kepempinan mereka hanya pandai mengampu saja kalau permintaan mereka tidak djulur inilah jadinya “ ujarnya




No comments:

Post a Comment