Saturday, 13 September 2014

SALIRAN PARIT DEPAN BLOK 16 DAN 17 TAMAN MESRA TEMPAT PEMBIYAKAN NYAMUK AEDES AKAN MEMBUNUH RAMAI PENDUDUK

By Admin

OLEH: SAIMON S JUMADI

ELOPURA:- Saliran parit di hadapan bangunan Blok 16 hingga ke blok 17  Projek  Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra dekat sini perlu diselenggarakan kerana air bertakong yang tidak dapat mengalir  ini adalah punca utama tempat  Nyamuk Aedes membiak secara berleluasa tanpa segan silu atau  rasa takut

Keadaan saliran parit yang tidak pernah diurus oleh pihak Majlis Pernbandaran Sandakan (MPS)  yang sudah sekian lama dan jelas kini  tempat pembiyakan nyamuk  Aedes yang bakal menyerang penduduk di taman tersebut dan kemungkin mereka akan telah diserang wabak  demam denggi berdarah dan akan mengakibatkan ramai penduduk Taman Mesra  akan jadi korban dan kembali kerahmatullah atau bahasa kasarnya  (mati)

Mungkin ini juga satu salah  taktik  dan trend  pihak MPS untuk mengurangkan penduduk Taman Mesra makanya membiarkan parit-parit yang bertakong hingga menjadikan  tempat sarang dan penternak benih-benih nyamuk aedes dan menunggu ramai penduduk saban hari ada saja yang mati akibat di serang wabak demam denggi berdarah ekoran terkena  gigitan nyamuk tersebut baru mereka bertindak segera  mengambil tindakan.


Kalau yang mati  diserang wabak denggi itu adalah penduduk yang tergolong orang-orang  kaki botol kaki mabuk, penagih dadah dan penghidu gam kematian mereka memang ramai penduduk Taman Mesra lainnya mengalu-alukan pemergian mereka untuk selama-lamanya  kerana semasa hayat hidupnya telah menyusahkan penduduk setempat bila mabuk saja  kasih rosak harta benda sudah beberapa banyak cermin kenderaan di pecahkan  membunuh orang dan merogol anak-anak gadis orang kerana marah  mereka tidak mahu   ditegur kalaupun   mabuk.
 
Akan tetapi kalau yang mati itu akibat diserang nyamuk aedes adalah tergolong orang  yang  baik-baik ini menjadi seribu  sesalan kepada penduduk di Taman Mesra.






No comments:

Post a Comment