Thursday, 7 November 2013

AHLI-AHLI UMNO SEMPORNA DIAJAK BERSATU SEMULA ...SAIFULLAH


Thursday .7 November 2013

Written by Admin


OLEH: SHAIMON S JUMADI

SEMPORNA:-Ahli-Ahli UMNO seluruh Semporna sama ada di peringkat akar umbi, Cawangan, Bahagian Wanita, Pemuda dan Puteri diajak bersatu padu dan tanamkan nilai-nilai semangat bekerjaama antara satu sama lain demi kestabilan  perjalanan politik semasa bukan  saja di Semporna bahkan seluruh tanah air.
 
Perpaduan  dan jalinan mesra antara satu salama terutama sekali sesama ahli UMNO khususnya dalam satu bahagian amat perlu ini demi menjamin keutuhan dan kemantapan perjuangan UMNO  untuk berdepan dengan musuh-musuh politik yang ada disekeliling.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda  UMNO Cawangan Kampung Air Semporna 1 Mohamed Saifullah Minggu (Gambar)  berkata demikian kepada Free Sandakan Today  melalui panggilan telefon malam tadi.

"Saya minta semua ahli UMNO di Semporna supaya menjalinkan kerjasama yang erat demi mewujudkan perpaduan demi perjuangan UMNO untuk bangsa, agama dan negara selaras dengan transformasi parti UMNO" ujarnya.

Katanya lagi pemilihan AJK bahagian UMNO Semporna sudahpun selesai siapa yang menang teruskan perjuangan dan yang kalah haruslah menerima hakikat atas kekalahan tersebut jangan ada timbul  rasa dendam- mendendam  atau sakit hati antara satu sama lain lupakan semuanya lagipun pertandingan  merebut satu-satu jawatan itu adalah dilakukan dalam kekeluargaan dalam UMNO sendiri jadi kalau  sesiapa yang kalah terus marah dan simpan hati ini akan berlakunya perbalahan dan perpecahan di kalangan semasa ahli-ahli sendiri.

"Tiada membawa sebarang keuntungan jika bergeseran terus berlaku  yang untung ialah parti-parti pembangkang persengketaan sesama ahli UMNO dijadikan senjata mereka untuk  propadaganda dan agenda politik mereka disamping dijadikan bahan ejekan saja" tegas Saifullah.

Apa yang penting tambah Saifullah Pemuda  sebagai sayap kanan kepada UMNO Bahagian harus menggembling tenaga  untuk bekerjasama dengan para pemimpin UMNO Bahagian untuk  merealisasikan perjuangan UMNO dan harus menyokong pucuk pimpinan Bahagian UMNO Semporna   disamping itu  kita juga memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap pucuk pimpinan Negeri Datuk Seri Musa Hj Aman sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dan juga pucuk pimpinan UMNO Pusat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai Presiden UMNO Malaysia.

"Kita juga akan bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya umum ke 14 (PRU-14) walaupun masa itu masih lagi panjang namun persiapan awal perlu dilakukan ia merupakan nadi penggerak jentera" katanya.


No comments:

Post a Comment