Thursday 07 November 2013
Written by Admin
Oleh: SHAIMON S JUMADI
KUALA LUMPUR:- Semasa sesi soal jawab di persidangan Parlimen baru-baru ini Ahli Dewan Rakyat (MP) Sandakan Stephen Wong meminta penjelasan terhadap Perdana Menteri sejauh mana kah pencapaian Skim Latihan 1Malaysia (SLIM) dari segi bilangan graduan dilatih, bidang kelulusan. bilangan serta peratusan peserta yang mendapat kerja, peratusan peserta mencapai sasaran kerjaya berdasarkan kelulusan (qualification career matched dan kadar jumlah dipelanjakan di setiap negeri.
Pertanyaan Wong mengenai perkara yang dimaksudkan itu telah dijawab oleh Senator Dato Sri Wahid Omar Menteri Di Jabatan Perdana Menteri adalah sebagai berikut "Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) mensasarkan penyertaan seramai 4,000 graduan setahun terutamanya graduan berasal dari luar bandar dan keluarga yang berpendapatan rendah, yang sukar mendapat pekerjaan selepas 6 bulan tamat pengajian, meliputi semua bidang pengajian.
Kata Wahid Semenjak program ini dilancarkan pada 1 Jun 2011, sehingga 17 September 2013, seramai 12,901 graduan dari bidang Sains Social, Sains, Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan telah dilatih di bawah program SL1M. Daripada jumlah tersebut, seramai 10,069 graduan atau 78% telah Berjaya mendapat pekerjaan. Manakala 2,832 graduan atau 22% masih menjalani program di syarikat – syarikat yang terlibat di bawah program SL1M.
"Seramai 30% daripada jumlah peserta yang telah berjaya mendapat pekerjaan adalah dalam bidang yang ada kaitan dengan kelulusan masing – masing. Sebaliknya 70% peserta telah Berjaya mendapat pekerjaan bukan dalam bidang kelulusan masing – masing tetapi setaraf dengan kelayakan ijazah mereka"Jelasnya
Kata Wahid tiada perbelanjaan secara langsung daripada Kerajaan bagi melaksanakan program SL1M. Pelaksanaan program SL1M adalah berasaskan konsep Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh syarikat – syarikat yang mengambil bahagian, dengan membiayai kos latihan dan elaun peserta sepenuhnya. Bagi menghargai penglibatan
syarikat, Kerajaan telah memberi kemudahan potongan cukai berganda ke atas perbelanjaan yang dikeluarkan oleh syarikat bagi melaksanakan program SL1M.
"Yang Berhormat boleh mendapatkan maklumat lanjut program SL1M melalui laman sesawang Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM) di www.epu.gov.my/sl1m" ujarnya
No comments:
Post a Comment