Friday 8 November 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN UNTUK PEKERJA ASING ANTARA RM180 DAN RM190....... WONG MP SANDAKAN



Friday  November 08-2013
Written by Admin

OLEH: SHAIMON S JUMADI


KUALA LUMPUR:-  Dalam sesi soal jawab di persidangan di mana Ahli Dewan Rakyat kawasan Sandakan Stephen Wong Tien Fatt  minta penjelasan dengan lebih terperinci daripada Menteri Kesihatan Malaysia  siapa kah  badan yang bertanggungjawab bagi mengendalikan pemeriksaan kesihatan (medical check – up) untuk pekerja asing mengikut negeri.


“Sekiranya wujud badan berlainan di Sabah, adakah kualiti badan tersebut terjamin? Berikan perbezaan pembayaran (caj) dan sebab terdapatnya perbizaan harga” Tanya Wong


Menteri Kesihatan Datuk Seri  S Subramaniam antara lain menjelaskan buat masa ini, terdapat dua (2) syarikat konsesi yang telah dikenalpasti untuk menjalankan perkhidmatan “Sistem Penyelarasan dan Pengawasan (Surveillance) Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing” di Malaysia iaitu Syarikat UNITAB MEDIC Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali dengan nama Pantai FOMEMA & Systems Sdn. Bhd.) di Semenanjung Malaysia.

Manakala, Syarikat Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd. Sebagai pemegang konsesi bagi pihak Kerajaan Negeri Sabah. Syarikat Growarisan Sdn. Bhd. telah dilantik oleh pihak Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd. sebagai syarikat konsesi bagi menjalankan operasi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di negeri Sabah. 

Katanya bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Growarisan Sdn. Bhd. terjamin dan tujuan program saringan pemeriksaan kesihatan pekerja asing ini dapat dicapai, seluruh operasi yang dijalankan oleh pihak Syarikat Growarisan Sdn. Bhd. sentiasa dipantau dengan rapi oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah serta Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pemegang konsesi iaitu Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd.
 

Untuk makluman tambah Subramaniam  caj pemeriksaan kesihatan pekerja asing yang dikenakan adalah sama bagi Semenanjung Malaysia dan Sabah, iaitu RM180 bagi pekerja asing lelaki dan RM 190 bagi pekerja asing wanita.

Jelasnya lagi semua caj bagi pemeriksaan kesihatan pekerja asing di negeri Sabah adalah di bawah kuasa Kerajaan negeri melalui pemegang konsesinya iaitu, Warisan Harta Sabah Sdn. Bhd. Sebarang penambahan caj pemeriksaan kesihatan pekerja asing di negeri Sabah adalah dengan pengetahuan dan kelulusan daripada pihak pemegang konsesi.


TERJEMAHAN BAHASA CINA

No comments:

Post a Comment