Saturday 11 January 2014

MENYELONGKAR SEJARAH PENUBUHAN JHEAINS DI SABAH...HJ NASIR MUSLI

Written By Admin
Saturday January  11,2014


SOROTAN DARI MEJA HAJI NASIR MUSLI
 
 

PENUBUHAN Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) bermula pada 1 Januari 1996. Sebelum itu, Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah dikendalikan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS). Tugas dan tanggungjawab yang dikendalikan oleh MUIS telah dibahagikan kepada tiga (3) buah agensi yang telah dijabatankan iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Kemuftian dan Jabatan Kehakiman Syariah. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) merupakan agensi Jabatan Kerajaan Negeri di bawah Jabatan Ketua Menteri, Sabah. JHEAINS ditubuhkan melalui Kertas Kabinet Bil.25/95, RCC.101/469 Jld.3, 11 Ogos 1994 bagi melaksanakan dasar-dasar Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS). Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS) adalah berfungsi menggubal dasar dan polisi berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam di negeri Sabah dan mengawasi pelaksanaan dasar berhubung dengan pentadbiran keadilan. Selain itu, MUIS berfungsi menasihat Yang DiPertua Negeri dalam perkara-perkara tertentu yang disebut dalam Enakmen Majlis Ugama Islam Sabah No. 5 Tahun 2004 dan Enakmen-enakmen lain yang berkaitan.

Rasional penubuhan JHEAINS adalah selaras dengan peranannya sebagai agensi pelaksana dan penguatkuasa bagi MUIS berdasarkan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Sabah 1992 dan kemudiannya diubah kepada Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah No.5 tahun 2004.

Tanggungjawab utamanya ialah melaksanakan polisi-polisi yang digubal oleh MUIS, menguatkuasakan undang-undang Islam berkaitan kekeluargaan Islam seperti perkahwinan, perceraian dan rujuk serta nafkah dan penjagaan; pengawalan sekolah-sekolah agama Islam; kesalahan-kesalahan jenayah syariah; mengurus tadbir pembinaan, penyelenggaraan dan pengimarahan masjid/surau; pelaksanaan dan pemantauan aktiviti dakwah dan perkara-perkara lain berhubung dengannya serta meneruskan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan sebelum ini dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)

Jabatan ini diketuai oleh seorang Pengarah yang dibantu oleh dua orang Timbalan Pengarah disamping beberapa orang Ketua Penolong Pengarah (KPP), dan pegawai staf yang berbagai-bagai jawatan dan pangkat.

Fungsi JHEAINS
 
Melaksanakan Enakmen dan Dasar-dasar yang digubal oleh Majlis Ugama Islam Sabah(MUIS).
Melaksana, memantau dan mengukuh aktiviti dakwah.
 
Menguatkuasa dan melaksana Undang-undang kekeluargaan Islam berkaitan perkahwinan, perceraian dan rujuk, serta nafkah dan penjagaan.
 
Melaksanakan penguatkuasaan dan pendakwaan kesalahan-kesalahan jenayah syariah.
Mengawal sekolah-sekolah agama Islam.
 
Membina dan mengurus tadbira sekolah agama negeri, masjid, surau dan taman perkuburan.
Melaksana pengurusan makanan dan bahan gunaan Islam (HALAL) Negeri Sabah.
Perkara-perkara lain berhubung dengannya serta menjalankan tugas dan tanggungjawab melaksanakan perkhidmatan yang digariskan dalam Enakmen-Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam Negeri Sabah.

1 comment:

  1. Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Menyelongkar Sejarah Penubuhan Jheains Di Sabah...Hj Nasir Musli >>>>> Download Now

    >>>>> Download Full

    Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Menyelongkar Sejarah Penubuhan Jheains Di Sabah...Hj Nasir Musli >>>>> Download LINK

    >>>>> Download Now

    Fst News Sandakan Today Online (Neutral-Flexible And Hot Spot News): Menyelongkar Sejarah Penubuhan Jheains Di Sabah...Hj Nasir Musli >>>>> Download Full

    >>>>> Download LINK ZM

    ReplyDelete