Thursday 30 January 2014

DR YUSOF AL-QARADHAWI JELASKAN GUNA KALIMAH ALLAH OLEH KRISTIAN DI MALAYSIA



By Admin
Thursday 30 January 2014

ULASAN ATAU JAWAPAN BUAT KITA YANG MASIH JAHIL BERHUBUNG ISU KALIMAH ALLAH



· DALAM khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.      
· 
 Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.
·          
· Beliau menambah: “Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …) Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim”.
· 
 Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “ Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja,
·          
·  Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.
·          
· Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad)
·          
Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”..
Yang menyedihkan  sekali isu  Kalimah Allah di Malaysia sehingga  terjadinya membakar bible dan patung paderi gereja yang dilakukan oleh PERKASA pimimpin Ibrahim Ali tanpa diambil sebarang tindakan sedangkan perbuatannya bukan saja menghina Agama Kristian tetapi menjurus memalukan menjatuhkan martabat dan maruah Islam itu sendiri kerana seolah-olah Islam itu menganjurkan kepada umatnya jahil biadap dan pengganas.
Berikut komen-komen daripada orang ramai  yang dipetik melalui laman social Fecebook
·         w previous comments
·         https://fbcdn-profile-a.akamaihd.net/hprofile-ak-ash1/t5/s32x32/370686_1652785005_2055761642_q.jpg
Carlos Rafael 1. Muslim berhujah bhwa Quran adalah Last Testament, kitab terakhir, kitab benar yang memansuhkan kitab2 sebelumnya. Dalil Quran : Surah al-Maidah Ayat 48, Surah al-Baqarah Ayat 97 dan Surah Surah Yunus Ayat 37

Carlos Rafael 2. Satanic Version : sila rujuk Surah an-Najm Ayat 19-22. Andai tuan dakwa bahawa Quran tidak pernah diubah, begitu juga Kristen percaya bhwa Bible tidak pernah diubah dan itu harus kita hormati. dan bgmn tuan yakin bahwa Bible telah diubah dan sebuah ...See More
2 hours ago · Edited · LikeCarlos Rafael 3. Bila Kristian niat baik bantu Muslim miskin, difitnahnya sbg agenda memurtadkan Melayu.

4. Bila Paderi menyeru kearah kebaikan, bersatu umat di gereja, sebaliknya imam pula berceramah "perangi kafir" di masjid2. Apa Muslim rasa andai Kristian 

 Sabahan Gurlz Emah Kisah nabi Muhammad selalu saya hayati..bahawa...bab 1 ting 5...tiada paksaan dlm Islam...Islam ada agama yf benar...kmu x reti2 lagi ka kebesaran Allah....semua sama sahaja kandungannya cuba laluan itu berbeza..Allahuakbar. ..Allah benci org yg takbur..nnti kita semua berkumpul Padang Masyar...Subhanallah walhamdullliah...Ya Allah Suciikan jiwa hati Umatmu...jgnla ada pertengkaran...Amin...
Sabahan Gurlz Emah Carlos Rafael.....hnya Allah saja yg tahu. .kita x bole buat andaian....ya...

Olla VoLdermort Omg! Carlos Rafael hujah kmu sgt mengujakan dan ianya adalah suara hati yg selama ini ingin diluahkan ole umat kristian. Pengetahuan kmu terhadap agamamu sndri membuatkan sy menghormati kmu dan Islam. Begitu rendah hati & tdk mengecam agama lain. Keyakinan kamu terhadap Islam membuatkan kamu tdk takut untuk berhujah mengenainya. Diharapkan seluruh umat d malaysia dpt membaca diskusi ini supaya islam mengenal kristian & kristian mengenal islam tanpa prejudis. 


No comments:

Post a Comment