Thursday 30 January 2014

AMPONG LANCAR PEMBAHAGIAN 200 BEG SEKOLAH KEPADA MURID-MURID SK P168 SANDAKAN




Written by Admin

Thursday  30 January 2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Rakyat tergolong berpendapatan rendah di negara ini termasuk penduduk di Sandakan tidak pernah terpinggir atau ketinggalan  untuk mendapat apa-apa saja bentuk bantuan yang diperlukan yang disalurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sama ada mereka  tinggal di kawasan Bandar mahupun diluar Bandar.

Keprihatinan  para pemimpin kerajaan untuk membantu rakyat terus ditingkatkan dari masa semasa ini adalah amanah dan tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksanakan tanpa  mengira  siapa mereka sama ada menyokong kerajaan ataupun disebaliknya mereka tetap menerima  bantuan yang seksama.
 
Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri  Hj Ampong Hj Puyon berkata demikian di hadapan  lebih 100 orang ibubapa di majlis penyampaian beg sekolah seramai 200 murid  P186 Sandakan sempena Program 1 Membara Membantu Rakyat anjuran bersama  Jawatankuasa Biro Pendidikan UMNO Bahagian Sandakan dan JASA di medan Selera dekat sini petang tadi.

Katanya rakyat yang iniginkan  kemajuan dalam aspek perdana pembangunan hendaklah menyokong segala dasar-dasar kerajaan yang memerintah negara ini.


Kerajaan BN  yang telah diberi mandat semula pada PRU 13 lalu akan terus memainkan peranannya ke arah merealisasikan pembangunan untuk keperluan rakyat agar mereka hidup selesa menikmati  segala kemudahan asas yang disalurkan kerajaan untuk rakyat.

Dalam perkembangan yang berkaitan Ampong menegaskan kepada segelintir ahli-ahli UMNO di Bahagian Sandakan  yang rasa tidak puas hati terhadap kemenangan Ketua Bahagian UMNO Sandakan pada pemilihan lalu.

“Yang memang  teruskan dengan kemenangannya   mereka yang berjaya memekalkan kedudukkannya sebagai Ketua Bahagian  terus melaksanakan tanggungjawabnya dan yang kalah pula kena menerima hakikatnya atas kekalahan tersebut  dan teruskan bagi memperjuangkan untuk memantabkan UMNO untuk  bangsa, agama dan negara” tegas Ampong.

“Bukan disebabkan  kerana kekalahan itu  terus dijadikan landasan atau tembok perpecahan  untuk terus bermusuhan sesama sendiri sedangkan kita  ini adalah sama-sama dalam UMNO yang mempunyai matlamat dan agenda yang sama lupakan kisah lama kita bersatu semula ini selaras deengan transformasi UMNO” ujarnya.

Sambil itu Ampong menyelar sikap beberapa pemimpin pembangkang yang kerap menyalahkan kerajaan ekoran kenaikan harga barangan yang  melambung tinggi ini tidak adil.
   

“Kerajaan baru menaikan harga minyak dengan kadar RM0.5 sen para peniaga pula memandai-mandai menaikan harga sehingga 50 peratus ini tidak wajar dan telah menyusahkan rakyat jelata tetapi kerajaan pula yang disalahkan” terang Ampong lagi.
Turut hadir pada  majlis tersebut ialah Ketua Wanita Bahagian  UMNO Sandakan Noraini Sulong, Ketua Pemuda Bahagian UMNO Sandakan Fakarudin Tan Sri Hj Ampong Puyon, Ketua UMNO Zon Elopura Datuk Hj Alipuddin Hj Puyon, Ketua UMNO Zon Tanjung Papat Maidin Nordin  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karamunting Charles O Pang  Timbalan Pengarah JASA p186 Sandakan Hjh Zaitun Abd Hamid dan Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Elopura Mohd Hj Utung.

No comments:

Post a Comment