Wednesday 29 January 2014

PERKASA DESAK KERAJAAN WUJUDKAN UNDANG-UNDANG BARU LARANG CALON TERLIBAT KES MAHKAMAH TANDING PILIHAN RAYA


 Written by Admin
 Wednesday January 29,2014
  
OLEH: SALMAH WAN DZULKIFLIE


KUALA LUMPUR:-  Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia  (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali menggesa kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang baru bagi menghalang mana-mana individu yang mahu menjadi calon bertading  pada pilihanraya tetapi masih lagi menhadapadi tuduhan di mahkamah.

Ibrahim Ali berkata demikian kerana mengulas beberapa kenyataan yang tersiar di media-media berkenaan bahawa Ketua Pembangkang Parti Pakatan Rakyat iaitu bDatuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat akan bertanding pada pilihanraya kecil bagi DUN Kajang bagi menggantikan mantan ADUN Lee Chin Chih yang telah meletakan jawatan sebagai ADUN berkenaan.

Kenyatan Ibrahim itu merupakan satu sindiran kepada Anwar Ibrahim Cuma Ibrahim Ali tidak berani berterus terang dan menyebutnya

Marilah kita ikuti  sedutan teks berita Ibrahim Ali yang tersiar di sebuah portal pada 28 Januari 2014 bertajuk” PERKASA DESAK KERAJAAN WUJUDKAN UNDANG-UNDANG BARU LARANG CALON TERLIBAT KES MAHKAMAH TANDING PILIHAN RAYA
  
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini menggesa kerajaan untuk memperkenalkan undang-undang bagi menghalang calon yang masih menghadapi tuduhan di mahkamah bertanding dalam pilihan raya.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali(gambar) berkata jika seseorang calon itu didapati bersalah oleh mahkamah, satu pilihan raya kecil (PRK) perlu diadakan dan ia merupakan satu pembaziran dan penghinaan kepada rakyat.
“Memang seseorang tidak bersalah selagi belum dijatuhkan hukuman tetapi jika akhirnya pihak terlibat didapati bersalah yang menyebabkan gugur status ahli dewan, maka PRK terpaksa diadakan dan ia merupakan satu pembaziran kepada wang rakyat.
Rakyat sesebuah negeri tentu berasa malu apabila pemimpinnya sedang didakwa, apatah lagi jika kes jenayah besar seperti rasuah, liwat dan juga merupakan bekas banduan yang bertahun ditahan di penjara,” katanya dalam satu pesanan ringkas.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan keputusannya untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setelah penyandangnya Lee Chin Cheh menghantar notis untuk mengundur diri sebagai Adun semalam.
Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan 11 Februari bagi mendengar semula rayuan Anwar menolak peguam Umno Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan bagi menyemak semula keputusan pembebasan Anwar dalam tuduhan liwat kedua.
Anwar, 66, dijangka akan hadir ke mahkamah sewaktu kempen pilihan raya DUN Kajang sedang berlangsung.
Ibrahim berkata jika pihak yang masih menghadapi pertuduhan di mahkamah diangkat sebagai calon, ia melambangkan sesebuah parti itu sudah tidak mempunyai calon lain yang lebih layak.
“Lebih-lebih lagi kalau salahguna kuasa, lengahkan bicara dan macam-macam hal. Ianya juga menggambarkan macam tidak ada orang lain yang layak.
“Ini satu penghinaan moral kepada rakyat. Maka wajar satu akta yang terperinci mesti diwujudkan dengan mengambil kira semua aspek dalam hal perjawatan,” katanya yang kini berada di Mekah. – 28 Januari, 2014.
Saya  menyifatkan Ibrahim Ali merupakan orang yang sudah kecewa lantas dia memandai-mandai mendesak kerajaan BN supaya membentuk undang-undang baru itu sebenarnya Ibrahim Ali siapa.
Sudahlah kalah bertanding pada PRU 13  lalu sekarang siapa yang nak pandang lagi  bbagus lagi jadi pemandu teksi seperti yang dia pernah cadangkan tempohari jelas Omar Sakil Hisham kepada wartawan Free Sandakan Today di Kuala Lumpur padi tadi
"Saya difahamkan Ibrahim Ali kalau masuk ke negeri Sabah  akan dipancong kepalanya kerana rakyat Sabah masih menaruh dendam kepadanya bukan alang kepalang terutama sekali dia anti Agama Kristian atas tindakannya menyuruh orang-orangnya membakar bible dan patung paderi gereja orang-orang khususnya penganut kristian di seluruh negara ini marah betul atas tindakan biadap dan kurang ajarnya yang tidak diambil tindakan undang-undang" ujarnya

INI HADIAH PALING WAJAR UNTUK IBRAHIM ALI

No comments:

Post a Comment