Thursday 9 January 2014

SAMBUTAN FREE SANDKAN TODAY DALAM 3 BULAN SAJA MENCECAH 20,000 PEMBACA SETIA......SHAIMON



Written by Admin
Thursday January 09,2014

 OLEH: AZMI AZMAN

 
SANDAKAN:- Sambutan Portal Free Sandakan Today.com baru sahaja tiga bulan kemunculannya bagi menggantikan Portal Sabahkini.Net yang tenggelam begitu saja sudah mencecah 20,000 pembaca yang melibatkan rakyat jelata sama ada di Sabah, Sarawak dan termasuk d inegeri-negeri Semenanjung.

Pengarang Kanannya Saimon S Jumadi berkata demikian  kepada wartawannya hari ini mengenai sambutan yang diluar jangkaan itu.

Tambahan lagi portal Free Sandakan Today.com kata Saimon telah menerbitkan berita  dalam bahasa Cina yang telah dikendalikan oleh Sub Editornya Isaac Wong Kah Kiet (gambar) sambutan di kalangan masyarakat cina hampir mencecah 70 peratus telah mengikuti perkembangan FST  ini sebagai pembaca setia media alam maya ini.

Kata Saimon lagi portal Free Sandakan Today .com tidak berpihak mana-mana sama ada parti kerajaan mahupun pembangkang FST adalah sebuah portal yang fleksible tidak berat sebelah ia berpandukan berita yang mempunyai fakta dan bukannya berita dan cerita direka-reka.

“Saya sebagai pengarang kanan kepada FST kena bertanggungjawab terhadap penerbitan semua berita saya kena berhati-hati mana satu berita yang boleh disiarkan atau disebaliknya” kata Saimon.

Beliau juga mengalu-alukan kepada orang ramai yang berminat untuk menyumbangkan karya-karya mereka seperti berita dari kampung, sajak, rencana dan ikhlan mereka digalakan boleh melayari sesawang www.freesandakantoday,blogspot.com atau email freesandakantoday14@gmail.com

No comments:

Post a Comment