Wednesday 15 January 2014

WONG MP SANDAKAN TERPILIH TIMBALAN PENGERUSI DAP NEGERI SABAH BAGI 2014-2016



Written by Admin
Wednesday January 15, 2014

OLEH: CHARLES P ANDIANG


KOTA KINABALU:- Berteraskan kepercayaan penuh pihak pucuk pimpinan   DAP  Pusat dan sokongan padu yang tidak berbelah bagi diakar umbi terhadap  kepimpinan  bagi  menerajui perjuangan DAP di negeri ini khususnya Sandakan  Stephen Wong yang menyandang jawatan sebagai Pengerusi  Perhubungan DAP Kawasan Sandakan telah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi DAP Negeri  Sabah bagi sesi 2014-2016  pada persidangan Konvensyen DAP negeri yang di adakan Ahad  lalu.



Wong yang juga Ahli Parlimen Sandakan yang diberi mandat oleh rakyat pada PRU 13 lalu setelah mengalahkan calon BN (LDP) iaitu Datuk Liew Vui Keong telah memainkan peranannya sebagai wakil rakyat Parlimen dalam membantu rakyat tidak kira di mana-mana saja  tempat, tidak kira bangsa dan tidak kira siapa mereka walaupun  terdapat berbezaan fahaman idologi politik yang memerlukan bantuan .



Dalam mesajnya wong meminta semua ahli-ahli DAP di Sandakan termasuk diperingkat negeri agar dapat menjalinkan hubungan  baik antara satu sama lain demi perpaduan dalam parti ini bagi menjamin kestabilan  keharmonian dan menguatkan jentera-jentera parti khususnya  bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14 (PRU-14)  akan datang nanti.

 

Dalam perkembangan yang berkaitan pada  sesi konvensyen DAP baru-baru ini di Kota Kinabalu  kata seorang ahli DAP iaitu Dayang Zubaidah Datu Tahil Pengerusi Cawangan DAP Kampung Berhala Darat Sim-Sim Sandakan yang turut hadir sama pada konvensyen  itu antara lain  menjelaskan Parti DAP bukan saja di Semenanjung telah diterima oleh masyarakat Melayu bahkan di Sabah  juga turut diterima rakyat bumiputera yang berbilang kaum dan ini jelas semasa konvensyen tersebut hampir lebih 30 peratus yang datangnya dari seluruh daerah telah menghadiri kongres tersebut.

  
“Parti DAP bukan DAP 15 tahun dahulu yang memperjuangkan untuk kepentingan masyarakat cina sahaja  tapi DAP sekarang adalah parti berbilang kaum dan memperjuangkan hak asasi semua kaum yang ada di negara ini termasuk Cina, Melayu dan India dan perjuangannya semakin hari semakin diterima oleh kaum bumiputera” jelas Dayang.



Dalam pada itu seorang lagi penyokong kuat dan  ahli UMNO Kinabatangan  yang kini  telah memegang jawatan dalam Parti DAP sebagai Pengerusi Cawangan DAP Jambatan 4 Kampung Sim-Sim iaitu Basith Hj Osman (gambar) turut hadir sama pada konvensyen tersebut.



Ini membuktikan bahawa DAP semakin hari semakin diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan tidakm lagi menganggap bahawa DAP hanya memperjuangan untuk satu kaum sahaja tetapi untuk semua bangsa di negara vini tanpa mengira siapa saja.



HADIR.....Kelihatan Basith Hj Osman  hadir pada Majlis Makan Malam di Suria Sabah anjuran DAP sebelum Konvensyen DAP negeri Sabah diadakan





No comments:

Post a Comment