Wednesday 29 January 2014

PERJUANGAN PAS SEMAKIN MENDAPAT SOKONGAN DARIPADA ORANG-ORANG CINA DI SABAH



Written by Admin
Wednesday January 29.2014

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:-   Tahun Baru Cina yang bakal di sambut pada 31hb Januari ini sebagai mengenang jasa para pengundi Cina Ketua Bahagian PAS kawasan Batu  Sapi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah Haji Hamza Hj Abdullah telah mengagih-agihkan Ang Paw dan Limau Manderin kepada masyarakat cina khususnya penduduk Batu Sapi kelmarin.

Walaupun PAS merupakan parti pembangkang di Sabah khususnya di kawasan Batu Sapi namun jasa pengundi cina pada PRU 13 lalu yang memberi undi kepada calon PAS untuk parlimen Batu Sapi telah mendapat 9,500 undi yang 80 peratus datangnya daripada cina itu sendiri tetap dikenang dan dihargai.

Free Sandakan Today yang mendapat maklumat bahawa pada dewasa ini masyarakat cina bukan saja di Semenanjung  bahkan di Sabah termasuk daerah  Sandakan 70 peratus masyarakat cina sudah menerima kepimpinan dan perjuangan PAS.

PAS dulu tidak sama PAS sekarang 60 peratus golongan muda telah menerajui kepimpinan  PAS yang  ada sekarang tidak lagi begitu ekstrem seperti yang 15 tahun dahulu.

Sama juga kalau parti DAP di Semenanjung telah diterima oleh orang-orang Melayu di  Sabah juga orang-orang bumiputera sudah mulai menerima kehadiran DAP di Sandakan contohnya di Kampung Sim-Sim telah mempunyai 4 cawangan DAP yang dianggotai orang-orang Bumiputera.
 
Ramai orang mengatakan baik masyarakat cina dan bumiputera kalau ditakdirkan PAS atau PKR dicalonkan untuk bertanding di kawasan Parlimen Sandakan tetap menang sebab cinapun sokong kedua-dua parti ini selain DAP  mereka sudah sebati dengan parti PAKATAN RAKYAT.

Terutama sekali golongan muda di bawah umur dari 21 hingga 30 an tahun baik cina, bumiputera Islam/bukan Islam India 90 peratus telah menyokong parti PAKATAN RAKYAT sebab mereka mahu rasa macam mana negara ini termasuk di Sabah jika ditadbir oleh kerajaan PAKATAN RAKYAT.

Syabas Saudara Hj Hamza teruskan perjuanganmu demi rakyat, agama dan negara pastinya pada PRU 14 nanti PAS Batu Sapi akan membawa kejayaan yang cemerlang.




No comments:

Post a Comment