Wednesday 29 January 2014

KENAIKAN HARGA BARANGAN KENAPA SALAHKAN PENGGUNA .....TANYA WONG



Written by Admin
Wednesday 29 January 2014-01-29

OLEH: SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN:- Ahli Parlimen Sandakan (DAP)  Stephen Wong menegur  Jainab Ahmad, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal s abah tentang kenyataan beliau bahawa kenaikan harga cuma satu salah faham dalam kalangan rakyat dan juga mengingatkan rakyat untuk melaporkan peniga yang menaikkan harga jualan secara tidak berpatutan
 
Wong berkata dalam hal ini Jainab tidak memahami situasi rakyat yang sebenarnya walaupun menanggung beban kenaikan harga barang yang tinggi.

Wong berkata  berdasarkan statistik daripada beberapa jabatan kementerian dan juga beberapa harga barang tidak dinaikkan lalu membuat kesimpulan bahawa kenaikan harga merupakan hanya satu salah faham dalam kalangan rakyat.

Beliau juga menegaskan bahawa kenaikan tariff elektrik, minyak serta gula telah menjadikan sebuah rangkaian kenaikan harga barang, rakyat terpaksa mengamalkan keadaan hidup yang jimat cermat. 

Beliau juga mencadangkan kepada rakyat sekiranya ingin melaporkan tentang kenaikan harga barang, rakyat seharusnya melaporkan kenaikan harga tariff elektrik. Ini kerana merupakan infrastruktur asas bagi rakyat dan memberi impak yang sangat besar kepada kehidupan rakyat. Walaupun TNB telah mendapat keuntungan sebanyak RM 5 billion tetapi masih menaikkan harga tariff elektrik.

Kembali kepada asas, beliau menegaskan serta mengutuk perkara ini berpunca daripada kerajaan BN, oleh itu, beliau ingin bertanya adakah rakyat mempunyai hak untuk melapor kerajaan BN atas kesalahan mereka yang menyebabkan kesengsaraan kepada kehidupan rakyat jelata. 

Sebelum ini Perdana Menteri kata Wong  telah berkata rakyat tidak boleh menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga barangan, oleh itu beliau  menegaskan siapakah pula yang harus  dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan oleh rakyat atas kenaikan harga barang di Malaysia?

"Kalaulah bukan salahkan Kerajaan BN, takkan menyalahkan 48% rakyat yang mengundi bagi BN?  Saya  ingin mengingatkan Perdana Menteri  agar bertanggungjawab terhadap keadaan dan jangan menyalahkan pihak lain atau keadaan semasa atas kenaikan harga ini serta ingin mengingatkan Perdana Menteri  agar siapakah yang meluluskan kenaikan tariff elektrik di Malaysia"  Tambah Wong.


No comments:

Post a Comment